Monday, December 31, 2007

makan tak betul, cakap tak betul, minum tak betul...

sakitnyeee...mana bonjela aku ni?

aduuh...

Sunday, December 30, 2007

Kisah Cinta dan The Beatles




Semalam bersama Sang Enemy, aku telah menonton filem Inggeris 'Across The Universe' di pawagam The Cathay. Aku amat tertarik dengan filem ini. Jalan cerita yang disesuaikan dengan lagu-lagu kugiran Lagenda The Beatles. Lagu-lagu seperti I Wanna Hold Your Hand, Hey Jude dan Something telah diberi interpretasi dalam filem tersebut.

Filem cinta berlatar belakangkan era tahun 60an dilatari dengan demonstrasi antiperang, pergerakan anti-budaya, aktivis politik berhaluan kiri dan eksplorasi musik 'rock and roll'. Tajuk filem adalah lagu nyanyian Beatles 1969 dan sebanyak 33buah lagu Beatles dimuatkan dalam menceritakan situasi tahun 60an yang penuh warna-warni. Kisah bermula ketika era perang Amerika-Vietnam dimana Jude yang bekerja di perlabuhan Liverpool mengambil keputusan mencari ayahnya di Amerika. Ditempat baru, Grenwich Village Jude bertemu dan bersahabat baik dengan Max dan jatuh cinta dengan Lucy, kakak Max. Pergolakan politik semasa memisahkan mereka lalu mereka mencari jalan bersua semula.

Kami merasakan filem ini satu musikal yang luarbiasa. Musikal yang Avant garde, disatukan dengan corak Pop dan Abstrak Ekspressionisme. Satu karya seni yang sangat unik. A MUST WATCH MOVIE!

Syabas kepada pengarah Julie Taymor dan barisan pelakonnya. Paul Mc Cartney tentu akan tersenyum lebar.

Something-The Beatles (salah satu lagu kegemaranku)



Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, December 21, 2007

Thursday, December 20, 2007

19.12.07 , DBS Shenton

"Hai...jumpa lagi kita."

"Hehe itulah dia..."

"Time tu dengan saya, sekarang ni dengan saya lagi"

"Tulah, macam berjanji pulak eh?"

"Hehe...nak cash in cheque lagi ke?"

"A ah..Macam gitulah nampaknya"

"Mmmm...alamak cek tak signlah"

"Ya Allah, macamana boss I lupa sign pulak? Takpelah nanti saya datang lagi."

"Oklah...datang sebelum 4.30 eh?"

"Ok..selamat hari raya..bye"

"sama sama...bye..."

...senyuman yang manis itu membuat aku tersenyum juga... :)


Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, December 19, 2007

Lagu ini ditujukan untuk kasih ZeroZero pada sukma impiannya....insyaAllah.



Rudy Djoharnaen

Monday, December 17, 2007

Ahad 16.12.2007, Giordano, Suntec

Ahad 16.12.2007, Giordano, Suntec

"Awak ni orang Filipino ye?"

"Ye Saya."

"Awak dari daerah mana? Santa Domingo ke?"

"Betul tu. Saya lahir di Santa Domingo tapi tinggal di Manila..."

"Ooh..."

"Macamana awak tahu Santa Domingo?"

"Oh..Saya punya kawan yang pernah kesana..."

"Ooh begitu..."

Lalu dia tersenyum dan aku juga tersenyum... =)


Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, December 15, 2007

Biduanita Pilita Corrales


Saluran TV Singapura kini menyiarkan Idola Asia yang menampilkan para Idola dari Singapura, Thailand, India, Indonesia, Malaysia dan lain-lain. Diantara barisan pengadil dari negara-negara asia yang diundang, salah seorang menarik perhatianku; Biduanita Pilita Corales, lagenda dari Filipina.
Dilahirkan di Cebu, Filipina pada 1939, beliau tersohor sebagai penyanyi lagu-lagu 'folk' Filipina yang diberi jolokan 'Asia's Queen of Songs'. Beliau berdarah kacukan Spanish dan Austronesian. Sebanyak 135 album telah dirakamkannya dan beliau pernah membuat persembahan bersama para biduan hebat seperti Frank Sinatra, Sammy Davis Jr dan Julie Andrews. Namanya sebagai penyanyi tercipta melalui saluran TV Melbourne pada 1950an hingga awal 60an dengan lagu 'Come Closer To Me'.

Pada pertengahan 60an, beliau kembali ke Manila untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam industri muzik Filipina dan mendapat sambutan yang hangat. Lagu dendangannya, 'Dahil Sa Iyo', merupakan lagu kegemaran Biduanita Saloma, yang merakamkannya dalam versi Melayu dengan tajuk 'Kerana Kau Impianku' pada tahun 1959.



Uhaw Sa Gugma (loghat Visayan)

Senikata yang membawa erti berikut (dalam Bahasa Melayu):

Aku dahaga wahai kasihku
dahaga akan cintamu
Bilakah kan ku rasai kemanisan madu cinta?
Tidakkah kau mengasihaniku? Cintaku, aku tahu aku bersalah
Tidakkah kau ingin memaafkan?

Kisah semalam kita, kitakan ingati
Masihku bayangkan, keriangan dan senda tawa ini
Kau pergi jauh, dan segalanya kehilangan
Di dalam hatiku sungguh mendalamnya kesepian...


Rudy Djoharnaen

Singapura

Thursday, December 13, 2007

If You Go Away...



Lagu Asal dalam bahasa Perancis (Ni me Quitte Pas) oleh Jacques Brel 1959. Versi Inggeris ditulis oleh Rod Mc Kuen.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, December 12, 2007

Oi..Oi..Ayam Den Lapeh...

Sebuah lagu tradisional Minang gubahan A.Hamid. Nyanyian Oslan Hussein. Kalau tak silap Ayam Den Lapeh atau Ayam saya terlepas membawa arti orang yang telah hilang kekasih, yang telah putus cinta. Orang Minangkabau memang kaya dengan kata-kata kiasan.



Luruihlah jalan payakumbuah
Marilah jalan ke paya kumbuh (nama tempat di minangkabau)

Babelok jalan kayu jati
Dikiri kanan jalan ada kayu jati

Dima ati indak karusuah
Di sana hati tidak akan risau

Ayam den lapeh ai ai
Ayam saya terlepas

Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas

Mendaki jalan padangsikek
Mendaki jalan padang sikek (nama tempat)

Basimpang jalan ka biaro
Melalui simpang jalan ke biaro (nama tempat)

Di ma ati indak kamaupek
"yang ni tak tahu heheh"

Awak takicuah ai ai
"yang ni pun tak tau"

Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas

Sikucapang sikucapeh
Seekor besar seekor kecil

Saikua tabang saikua lapeh
Seekor terbang seekor terlepas

Tabanglah juo nan karimbo
Terbang jua masuk ke hutan

Oilah malang juo
Apalah malangnya jua

Pagaruyuang batusangka
"Pagaruyung" nama tempat di minangkabau

Tampek bajalan urang baso
Tempat tinggal orang kenamaan/ raja-raja

Duduak tamanuang tiok sabanta
Duduk termenung atas bantal

Oi takana juo ai ai
Oh terkenang jua
Ayam den lapeh
Ayam saya terlepas.

Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai

O hoi … ayam den lapeh


Rudy Djoharnaen
Singapura

Pak Pung Pak Mustape

Lagu Betawi ini ditujukan pada Sang Enemy...hehehe



Versi Emilia Contessa, 1970an

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, December 08, 2007

KEMASKINI PADA BLOG SENI PUNYA PASAL

Sebelum blog darikalbuku, aku telah menerbitkan Blog SeniPunyaPasal. Blog ini membicarakan tentang seni sana sini, khususnya di Singapura. Setelah beberapa artikel, blog ini menyepi tanpa dikemaskini. Atas nasihat beberapa orang sahabat supaya aku terus menulis pada blog tersebut, aku rasa terpanggil untuk menghidupkannya semula.

Blog ini dalam proses dikemaskini (update). Sukacitanya aku ingin mengumumkan blog ini.
Silalah lungsuri http://www.senipunyapasal.blogspot.com/ jika sudi.

Jika ada diantara pembaca yang bergelar seniman dan ingin mengetengahkan karya-karya dan pameran anda di blog tersebut, boleh hantar emel yang tertera pada blog tersebut.

Rudy Djoharnaen

Singapura

Mat Sentol: Mat Bond, Spy Spy



Walaupun kadangkala aku merasakan Mat Sentol seorang pengarah filem-filem Melayu klasik yang Low B' Grade kerana lawak dan jalan cerita yang tidak kelakar langsung, Mat Sentol tetap LEGEND! Kenapa? Sebab beliau ikon Mat Yoyo, sebuah rancangan kanak-kanak di zaman 80an yang sangat terkenal sehingga mendapat anugerah di luar negara. Mat Yoyo cukup 'happening' sehingga kanak-kanak bukan Melayu juga pada zaman itu juga menontonnya.

Beliau juga LEGEND suara latar 'Tora!' (Tora datang lagi!) makanan ringan atau snek kanak-kanak 80an dari Malaysia.



Filem Mat Spy, Cathay Keris.

Friday, December 07, 2007

Biduanita Aretha Franklin



Pertama kali aku mendengar nyanyiannya, aku mulai jatuh cinta dengan suaranya yang bertenaga dan sungguh 'soulful'. Aretha Louise Franklin dilahirkan pada 1942 di Memphis dan mencipta namanya sebagai penyanyi, pemuzik dan penggubah lagu. Awal penglibatannya dalam seni suara adalah sebagai penyanyi Gospel. Kemudian beliau melangkah sebagai penyanyi soul, dengan mendapat inspirasi dari biduan dan biduanita lagenda ketika itu; Dinah Washington dan Sam Cooke.

Beliau telah mencipta nama di bawah beberapa syarikat rakaman seperti Columbia dan Arista. 'RESPECT', 'Chain of Fools' merupakan diantara lagu-lagu yang terkenal dan kini malar segar. Beliau juga merakamkan semula lagu-lagu seperti 'Say A Little Prayer' oleh Dionne Warwick dan 'Natural Woman' oleh Carol king. Dengan gaya suaranya yang tersendiri, lagu-lagu tersebut berjaya diberi nafas baru ketika itu.

Inilah dia Aretha Franklin, yang menjadi salah satu inspirasiku dalam alam seni suara. Memang wajar menobatkan beliau sebagai 'Ratu Soul' atau 'The Queen of Soul'.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, December 05, 2007

Aku sedang senyum...



Dengan lagu ini, aku bisa tersenyum.
Suhu badan sedikit menurun.

Tuesday, December 04, 2007

hilang lagi....

duit aku hilang lagi. jumlah yang banyak. siapa yang mencurinya? segala rancangan aku untuk bersantai keluar dari pulau ini sedang goyang. ini sesuatu yang sedang mencabar kesabaranku. aku kini sedang menarik nafas yang sangat panjang untuk menahan darah yang sedang naik dan panasnya hati yang semakin mencengkam.~~~
Kalau Sireh bertepuk, Pinang pasti menari.