Friday, September 07, 2007

Mak dan Arwah Bapak


Nah, satu lagi foto nostalgia yang begitu berharga. Mak dan Arwah Bapak angkatku. Aku dipelihara oleh mereka ketika aku masih bayi lagi. Jasa itu aku akan kenang sampai mati. Mak masih ada lagi, dan akan aku balas baktinya. Boleh tahan, tampan juga arwahnya masa muda.Ada iras-iras rupa Seniman Aziz Jaafar. Gambar ini diambil di tahun 60an.

Mak orangnya pendiam. Arwah Bapak garang tapi menurut Mak, akulah anak yang paling dia sayang dan manjakan. Mummy juga pernah beritahu Arwah jadi marah bila mummy menjentik tanganku kerana main api, seingat akulah. Walhal, Mummy itu ibu kandungku sendiri. Betapa kasihnya dia padaku. Arwah juga suka menyanyi. Diantara lagu kegemarannya ialah 'Hati Ke Hati' oleh Rafeah Buang dan R.Ismail. Lagu ini sempat aku muat turun ke dalam imeem.com di bawah.



Arwah meninggal 2 tahun lalu pada bulan Ramadan, seminggu sebelum Syawal. Tiga hari sebelum dia pergi, dia memegang tanganku dan berkata "Bapak mati pun kat tangan kau jugak..." Sungguh benar kata-katanya kerana akulah yang menandatangani segala dokumen kematiannya. Namaku tercatit di sijil kematian. Itulah yang aku rasa maksud kata-kata arwah. Sepanjang proses mengurus jenazah dan pengkebumian aku tenang saja. Namun aku menangis sepanjang malam setelah itu sehingga sahur. Semoga arwah sejahtera di alam sana. Amin.

Rudy Djoharnaen
Singapura

No comments: