Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
"Wahai Tuhan kami, kami telah berbuat zalim ke atas diri kami sendiri, jika tidak Engkau ampuni kami dan rahmati kami, niscaya kami termasuk golongan orang yang rugi".
Rudy Djoharnaen
Singapura
Sunday, September 30, 2007
Lagu Raya
Kalau tiada lagu ini, seperti tak sah meriahnya suasana hari raya. Lagu ini menjadi salah satu pembuka perayaan lebaran Aidilfitri dan sangat popular dahulu. Sehingga kini juga masih diminati. Disini aku muatkan 2 versi. Versi pertama yang dikenali ramai adalah versi awal 70an. yang kedua adalah yang asalnya di awal 60an. Biduanitanya tidak perlulah aku perkenalkan lagi. Pasti ramai yang tahu.
Versi 1
Versi 2
Almarhumah Salmah Bte Ismail (Saloma)
Rudy Djoharnaen
Singapura
Versi 1
Versi 2
Almarhumah Salmah Bte Ismail (Saloma)
Rudy Djoharnaen
Singapura
Saturday, September 29, 2007
Dalam Diri
Rafeah Buang
Dimanakah iman yang teguh
taqwamu tergugat separuh
dalam solat tiada khusyuk
berkhayal mimpi dalam ruku'
selembut belai gadis ayu
syaitan memujuk merayumu
kau turuti kelembahnya
tanpa sedar dirimu ternoda
musnahlah amalan
runtuh penghormatan
kerana dosa yang sititik
menangis menyesal
iblis tertawa kemenangan
dimanakah iman yang teguh
jiwa luhur tenteram selalu
dalam diri kau temui
terkumpul di segumpal hati...
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Suara Takbir - P.Ramlee
Sedikit demi sedikit akan aku muatkan beberapa lagu hari raya kegemaranku. Diantaranya telah lama tidak kedengaran kerana usianya yang begitu klasik, seperti lagu di bawah ini.
Rudy Djoharnaen
Rudy Djoharnaen
Friday, September 28, 2007
Kenangan semalam kembali lagi pabila aku menunaikan solat terawih di sebuah masjid kecil di Lorong Liput malam tadi. Masjid Kampung Holland, itulah namanya. Waktu aku kecil dulu, arwah bapak pernah menyajakku ke Masjid ini untuk solat terawih. Masjid ini tidak jauh berubah. Jam dinding dari zaman 70an masih lagi berfungsi. Kitab-kitab lama yang kekuningan tersusun rapi di atas para-para. Masjid ini menampung sejumlah jemaah yang kecil. Tenang sekali aku rasakan pabila berjemaah di Masjid lama ini.
Rudy Djoharnaen
Singapura
Sunday, September 23, 2007
Nama-namaNya yang Terbaik
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaa'ul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Al Israa': 110)
Asma Ul Husna
Asma Ul Husna
Panti Asuhan
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
Hetty Koes Endang
Hetty Koes Endang
Tuesday, September 18, 2007
Tuhan
Dendangan asal kumpulan TRIO BIMBO dari Indonesia pada tahun 70an. Lagu ini popular di Indonesia dan Singapura pada waktu itu. Bersama kawanku Indra Hamzah, seorang penyanyi dari Singapura, kami menyanyikan semula lagu ini dengan sentuhan kamis sendiri dalam satu persembahan bulan Ramadhan untuk Tabung Amal Aidilfitri pada 2005. Renungkanlah senikata yang meluahkan rasa kasih dan pengharapan dariNya yang Rahman dan yang Rahim...
Tuhan
Tempat aku berteduh
Di mana aku mengeluh
dengan segala peluh
Tuhan
Tuhan yang Maha Esa
dimana aku memuja
dengan segala doa
Aku jauh Engkau jauh
Aku dekat Engkau dekat
Hati adalah cermin
tempat dosa dan pahala
bertaruh
Tuhan
Tuhan Yang Esa
Dimana aku memuja
dengan segala doa...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Tuhan
Tempat aku berteduh
Di mana aku mengeluh
dengan segala peluh
Tuhan
Tuhan yang Maha Esa
dimana aku memuja
dengan segala doa
Aku jauh Engkau jauh
Aku dekat Engkau dekat
Hati adalah cermin
tempat dosa dan pahala
bertaruh
Tuhan
Tuhan Yang Esa
Dimana aku memuja
dengan segala doa...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Friday, September 14, 2007
Kisah Ramadhan kira-kira 21 tahun lalu...
"Oi, kau tak puasa eh?"
"puasalah"
"cakap betul-betul."
"yelah..puasa, mak"
"jangan bohong, bohong kan?"
"....puasa...betol.."
"abih tu..apasal epok epok ni setengah aje...kau curi curi makan kan?"
"takdelah"
"mak tau kau tak puasa..sebab mak kira epok epok ni...jangan bohong."
"...rudy laparlah..."
dipendekkan cerita, aku 'diharamkan' oleh Mak makan bersama keluarga pada waktu berbuka. Tak dapatlah aku jamah bubur suro panas panas...padan muka aku...begitulah kisahnya waktu umur 6 tahun
"puasalah"
"cakap betul-betul."
"yelah..puasa, mak"
"jangan bohong, bohong kan?"
"....puasa...betol.."
"abih tu..apasal epok epok ni setengah aje...kau curi curi makan kan?"
"takdelah"
"mak tau kau tak puasa..sebab mak kira epok epok ni...jangan bohong."
"...rudy laparlah..."
dipendekkan cerita, aku 'diharamkan' oleh Mak makan bersama keluarga pada waktu berbuka. Tak dapatlah aku jamah bubur suro panas panas...padan muka aku...begitulah kisahnya waktu umur 6 tahun
Thursday, September 13, 2007
Amalan Suci
Di kala senja sering kedengaran lagu rentak Melayu tradisional nyanyian Biduan Frankie Cheah ini. Lagu ini dirakam olehnya pada awal 70an. Kerana minatnya pada lagu Amalan Suci ini, aku rakamkan semula dengan intrepretasiku sendiri dan aku kongsi untuk semua. Senikatanya yang bermakna sangat bersesuaian pada bulan puasa ini.
Amalan suci yang tiada meminta balasan
perjuanglah kita dengan penuh oh keikhlasan
Pencipta Alam akan tersenyum memandang
pada kita yang disebut insan
kemerdekaan yang diberi oh insan padamu
gunakanlah dengan oh ya bakti oh sucimu
siapa yang hidup tanpa berbakti berjuang
sama dengan oh mayat berjalan
pandangi alam yang sungguhnya indah
bukan setakat dipuji dipuja
tapi untuk kita mencari membongkar isinya
amalan suci tiadalah oh tuan tercinta
kalau belum kita oh berjuang dan berusaha
untuk berkembang menjadi insan sempurna
amal ilmu iman pasti ada...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Amalan suci yang tiada meminta balasan
perjuanglah kita dengan penuh oh keikhlasan
Pencipta Alam akan tersenyum memandang
pada kita yang disebut insan
kemerdekaan yang diberi oh insan padamu
gunakanlah dengan oh ya bakti oh sucimu
siapa yang hidup tanpa berbakti berjuang
sama dengan oh mayat berjalan
pandangi alam yang sungguhnya indah
bukan setakat dipuji dipuja
tapi untuk kita mencari membongkar isinya
amalan suci tiadalah oh tuan tercinta
kalau belum kita oh berjuang dan berusaha
untuk berkembang menjadi insan sempurna
amal ilmu iman pasti ada...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Kepadamu Kekasih
Ramadhan Al Mubarak sudah tiba, Alhamdulillah. Dan ingin sekali ku berkongsi lagu di bawah, yang aku nyanyikan pada Ramadhan dua tahun lalu, bersama dua orang teman. Persembahan ini untuk Tabung Amal Aidilfitri 2005 yang diadakan di Geylang Serai, Singapura.
Sempena bulan mulia ini ingin sekali aku pohon maaf segala salah silapku dalam menulis di blog ini. Kepada para sahabat dan kenalan, juga aku pohon maaf lahir batin. Semoga Rahmat Illahi dicurahkan untuk kita semua.
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Sempena bulan mulia ini ingin sekali aku pohon maaf segala salah silapku dalam menulis di blog ini. Kepada para sahabat dan kenalan, juga aku pohon maaf lahir batin. Semoga Rahmat Illahi dicurahkan untuk kita semua.
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini...
Rudy Djoharnaen
Singapura
Sunday, September 09, 2007
Maafkan Aku kerana Diam.
Aku minta maaf sekiranya senyapku selama ini menyinggung hati. Aku minta maaf jika diamku tanpa berita ini melahirkan rasa kurang senang. Diamku punya beberapa sebab dan aku rasa tidak perlulah aku ceritakan. Aku tidak sekali-kali ingin memutuskan silaturrahim. Kalau sifatku dianggap bodoh dan kebudak-budakkan, aku minta maaf. Akan aku berhubung semula dalam waktu terdekat ini. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa.
Rudy Djoharnaen
Singapura
Rudy Djoharnaen
Singapura
Saturday, September 08, 2007
Kurnia Tuhan Pada seorang anak kecil.
Melihat pada anak kecil yang sedang mewarnakan goresan keretapi itu, aku jadi sangat kagum. Kecerdasan dan ketajaman akalnya melebihi anak-anak muridku yang lain. Sedang mereka berhati-hati dalam melukis agar tiada kesalahan, anak istimewa ini dengan santainya menggores gambar keretapi dan mawarnakannya merah. Dia mudah menangkap contoh goresan dan lukisan yang ku tunjukkan dalam kelas. Inilah kurniaan Tuhan yang menjadi kelebihan anak ini. Anak istimewa ini telah membuka mataku pada realiti kehidupan dan kebesaran Tuhan yang seringkali aku lupakan. Dan Tuhan itu Maha Adil dan Bijaksana.
Kadangkala kita memandang mereka yang istimewa ini berkelakuan bodoh dan gila. Padahal kitalah yang bodoh dan gila. Apa bezanya mereka dan kita?
Rudy Djoharnaen
Singapura
Friday, September 07, 2007
Mak dan Arwah Bapak
Nah, satu lagi foto nostalgia yang begitu berharga. Mak dan Arwah Bapak angkatku. Aku dipelihara oleh mereka ketika aku masih bayi lagi. Jasa itu aku akan kenang sampai mati. Mak masih ada lagi, dan akan aku balas baktinya. Boleh tahan, tampan juga arwahnya masa muda.Ada iras-iras rupa Seniman Aziz Jaafar. Gambar ini diambil di tahun 60an.
Mak orangnya pendiam. Arwah Bapak garang tapi menurut Mak, akulah anak yang paling dia sayang dan manjakan. Mummy juga pernah beritahu Arwah jadi marah bila mummy menjentik tanganku kerana main api, seingat akulah. Walhal, Mummy itu ibu kandungku sendiri. Betapa kasihnya dia padaku. Arwah juga suka menyanyi. Diantara lagu kegemarannya ialah 'Hati Ke Hati' oleh Rafeah Buang dan R.Ismail. Lagu ini sempat aku muat turun ke dalam imeem.com di bawah.
Arwah meninggal 2 tahun lalu pada bulan Ramadan, seminggu sebelum Syawal. Tiga hari sebelum dia pergi, dia memegang tanganku dan berkata "Bapak mati pun kat tangan kau jugak..." Sungguh benar kata-katanya kerana akulah yang menandatangani segala dokumen kematiannya. Namaku tercatit di sijil kematian. Itulah yang aku rasa maksud kata-kata arwah. Sepanjang proses mengurus jenazah dan pengkebumian aku tenang saja. Namun aku menangis sepanjang malam setelah itu sehingga sahur. Semoga arwah sejahtera di alam sana. Amin.
Rudy Djoharnaen
Singapura
Foto Lama
Semalam bila aku bersihkan gerobok baju, terjumpa pula album lama dari kampung. Belek punya belek, ternampak foto arwah Nyai Kamisah. Cantik juga orangnya, macam seniwati filem 50an. Mummyku ada juga menyimpan salinan dalam bentuk lukisan potret arwah. Kasihan, nyai meninggal ketika Mummy masih kecil dan Mummy tak pernah melihat wajahnya. Hanya gambar dan lukisan saja menjadi kenangan. Semoga arwah sejahtera di alam sana. Amin.
Rudy Djoharnaen
Thursday, September 06, 2007
Tuesday, September 04, 2007
Monday, September 03, 2007
Saturday, September 01, 2007
Warna-Warni- Indra Shahril dan rakan-rakan
Lagu kanak-kanak yang popular pada tahun 70an. Indra Shahril merupakan anak kepada Biduanita Nona Asiah. Kini beliau seorang pemuzik.
Subscribe to:
Posts (Atom)