Monday, June 28, 2010
Simfoni Inang Dari Kalbu- Rudy Djoharnaen
Dengan ilham dari paduan Inang dan Mozart, aku telah menghasilkan lagu ini. Sedang mencuba cuba saja. :))
Tajuk: SIMFONI INANG DARI KALBU
Lagu: Wolfgang Amadeus Mozart / Rudy Djoharnaen
Lirik: Rudy Djoharnaen
2010
Paduan/Kombinasi/Ilham Melodi Inang & Symphony No. 40 in G minor (1788, Mozart)
East meets West!
Semoga terhibur.
Sunday, June 13, 2010
Wednesday, June 02, 2010
ZAPIN D' MUARA
Minggu lalu (28 - 30 Mei), aku telah sama-sama menjayakan persembahan ZAPIN D' MUARA di Taman Warisan Melayu. Acara gilang-gemilang ini diselenggarakan oleh ERA DANCE THEATRE LTD sempena Pesta Seni Singapura 2010 ini. Zapin D Muara menggabungkan expressi seni tari dan muzik 3 negara (Singapura, Malaysia, Indonesia) Era Dance Theatre mewakili Singapura, Yayasan Warisan Johor mewakili Malaysia dan Langkan Budaya Taratak mewakili Indonesia. Persembahan diadakan selama 3 malam (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Aku menjalankan tugas aku mewakili Singapura selaku penyanyi. Pebriyana Wulandari mewakili Indonesia dan Wahidah Abd Rahman mewakili Malaysia. Tanggungjawab yang agak berat kerana kami harus bernyanyi secara langsung atau 'live'. Akan tetapi, aku suka pada cabaran sedemikian kerana aku sangat gemar bernyanyi 'live'. Aku menganggap itu sebagai peluang untuk aku terus mengasah vokal dengan lebih baik lagi. ‘Do it once! Do it Good! Lepas tu boleh chill…” begitulah prinsipku bila membuat pertunjukan.
Aku telah mempersembahkan tiga lagu Zapin yang mempunyai kesan yang baik; YALADAN, ZAPIN BERADAT/BUDI & ZAPIN RINDU-RINDUAN. Ramai para penonton suka pada Yaladan, tetapi ramai juga yang berjiwa sentimental sangat terkesan dengan Zapin Rindu-rinduan. Begitulah komen yang aku terima selepas persembahan.
Genre Tradisional sebegini sebenarnya bukanlah ‘forte’ku. Ia bukan makanan harianku seperti penyanyi Wulandari dan Wahida, yang senantiasa menyanyikan genre tersebut untuk pelbagai persembahan pentas. Aku lebih condong ke a rah jazz dan evergreen. Tetapi aku cuba berikan yang terbaik jika menyanyikan lagu-lagu berirama Melayu. Aku cuba berikan 100%, paling kurang 70-80% dari segi vokalnya. Seorang penyanyi yang baik adalah penyanyi yang boleh menyanyi secara langsung dan memberi kesan mendalam kepada sesiapa saja yang mendengarnya.
Alhamdulillah, persembahanku disambut baik dan diberi komentar yang positif oleh para penonton, khususnya para penggemarku yang hadir untuk menyokong. Terima Kasih pada kalian semua. Namun aku akan terus terus memperbaiki dan menjaga mutu nyanyianku. Maaf kalau ada silap ketika membuat persembahan ya, hee. :)
Semoga aku senantiasa bersemangat dalam bidang seni ini. Semoga aku dapat mempersembahkan bakatku di pentas-pentas festival serantau dan antarabangsa, InsyaAllah. Selagi ada dayaku, aku akan terus memberi kesan pada para penonton sebagai tukang nyanyi. Kepada penyelenggara projek Zapin D Muara dan semua yang turut sama menjayakan acara ini, Terima Kasih daun keladi. Semoga kalian terus berjaya dalam melestari seni dan budaya serumpun ini.
"Bernyanyilah lagi, dengan suaramu yang meluahkan nada dari alam yang jauh dari kami, dimana muzik dan cahaya rembulan adalah satu." (Penyair Romantis Percy Bysshe Shelley)
Subscribe to:
Posts (Atom)