Seniman muzik yang unggul ini adalah anak kelahiran Binjai, Sumatra Indonesia. Lahirnya pada tanggal 30 Ogos 1919. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Methodist Boy's School dan juga sekolah Arab.
Sejak dari usia kanak-kanak, beliau belajar muzik atas dorongan dan didikan bapa saudaranya. Bapa saudaranya adalah seorang pemain biola dan bapa kandungnya seorang ejen filem bisu di Medan. Penglibatan Ahmad Jaafar dalam dunia muzik mula berkembang sekitar tahun 1933 apabila beliau menyertai kumpulan muzik tentera di Tanjung Pura. Bersama kumpulan inilah, beliau belajar bermain saksafon, klarinet dan lain-lain.
Pada zaman Jepun, Ahmad mula menggubah lagu-lagu sandiwara pentas bersama temannya Lilik Suhaeri. Mereka berdua telah menghasilkan lagu-lagu seperti Rama-Rama, Bunga Tanjung dan banyak lagi.
Penghijarahannya ke Singapura bersama isterinya Sutinah pada 1946 mula menambahkan warna seni muziknya.
"Kami didorong oleh kehebatan nama Singapura yang dikatakan mempunyai pemain muzik yang handal-handal. Saya mahu mencuba bakat saya," (Ahmad Jaafar, dipetik dari buku 7 Magnificient Composers)
Di Singapura, beliau berkawan dengan seorang lagi Seniman muzik Osman Ahmad dan mendapat pekerjaan sebagai pemain tenor di Great World Cabaret. Pada 1950, beliau mencipta sebuah lagu 'Ibu' sebagai lagu filem keluaran Shaw Brothers yang sama tajuknya. Lagu ini dirakam oleh Biduan P.Ramlee. Antara lagunya yang berkesan sehingga kini adalah 'Selamat Hari Raya' oleh Saloma. Lagu ini menjadi lagu wajib bagi setiap hari raya puasa.
Selian itu, beliau juga mengetuai dan mengasaskan Orkes Rayuan Kencana yang terkenal di tahun 50an dan sering mendapat undangan bermain untuk rancangan hiburan di Radio Malaya di Singapura. Beliau turut memimpin Orkestra HMV.
Pada 1958, Ahmad menyertai Radio Televisyen Singapura (RTS) atas rekomendasi dan usaha penerbit Yusof Ahmad. Beliau bermain muzik dan kemudian memimpin Orkestra RTS selama 15 tahun. Beliau terus berkerja bersama RTS sehingga stesen tersebut bertukar nama pada Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Beliau bersara pada 1992.
Pada 1981, beliau dianugerahkan pingat 'Cultural Medallion' oleh pemerintah Singapura dan Meritorious Award oleh Compass pada 1996.
Industri muzik Melayu telah kehilangan seorang Seniman unggul yang wajar dikenang dan dilestarikan segala karyanya. Inilah dikatakan 'Passion'. Seniman Ahmad Jaafar meninggal dunia Sabtu, 23 Mei yang lalu akibat penyakit pneumonia.
Aku diperkenalkan dengan 'Radka Toneff' oleh seorang kenalan yang juga minat pada jazz. Memang best. Sentuhan yang sensitif tapi punya impak. Jazz sebaiknya dinikmati secara langsung. Hmm...teringin pulak 'menziarahi' jazz@southbridge atau blu jazz cafe minggu depan.
Ini adalah diantara contoh yang baik bagi seorang 'live performer'. Salamiah Hassan adalah penyanyi legendaris yang mempunyai kekuatan dan kemantapan vokal yang baik sehingga kini. Persembahan orkestra ini diambil dari Konsert Melodi Emas Ahmad Nawab. Atilia, anak Salamiah, juga seorang penyanyi yang agak baik cuma tidak semantap ibunya.
Sesuatu yang agak sukar pada waktu aku mula menyanyi secara professional. Harus mengawal suara dimana keynya seiring dengan irama dari piano. Setelah beberapa tahun berlatih barulah aku dapat memberikan yang terbaik atau sebaik mungkin. Pemain piano dan Penyanyi harus mempunyai eye contact yang konsisten agar sentiasa seiring dan vokal tidak lari dari tempo. Apatah lagi menyanyi irama tradisional diiringi piano sahaja. Aku ini bukan pakar dalam irama tradisional, main hentam keromo saja.