Aku menulis renungan ini setelah berbicara dengan kenalanku, penyanyi Suraya Hassan menerusi facebook sambil menonton Ella Fitzgerald.
Setiap penyanyi mempunyai kekuatan dan kekurangan. Kekuatan harus digunakan dan dipraktikkan dengan sebaik mungkin agar ia tidak ber'karat', walaupun sang penyanyi sudah jarang aktif dalam dunia persembahan. Setiap penyanyi tidak boleh lari dari seni suaranya, walaupun telah bersara atau berehat panjang. Kadangkala sang penyanyi akan rasa 'gian' untuk menyanyi dan kalau dihambat ia tidak akan tenteram.
Jadi,bottomline is, jangan sekali-kali melafaz kata putus 'tidak akan nyanyi lagi' kerana kita tidak tahu bila tangan kita akan mencapai mikrofon semula.
Kekurangan yang ada pula harus diakui oleh sang penyanyi. Sang penyanyi harus akur akan itu.
Namun ia tidak harus menghambat aktiviti seni suaranya dan membuat ia patah semangat. Ambil kesempatan diatas kekuatannya dan tidak terlalu bersusah payah memikirkan kekurangannya. Perhalusi kekuatan yang ada dan perbaiki kekurangan ke tahap yang termampu.
Aku pernah cuba menyanyi Rock dan hip hop tapi aku akur ia tidak sesuai dengan suaraku. Memang tak sesuai langsung dan hanya membuatku seperti badut. Aku lebih cenderung ke arah jazz, balada, bossa, sedikit soul dan r&b. Kekuatanku mungkin lebih kepada jazz, bossa dan balada jadi aku sedang cuba memperhalusi gaya tersebut. Yang penting aku sudah mencuba.
Kekuatan yang wajib ada pada setiap penyanyi ialah pengusaan nyanyian livenya. I repeat, LIVE! Kalau tak boleh nyanyi live, kau patut rasa takut. Sampai bila nak gunakan trick rakaman dan sampai bila nak lipsinging.
Belum try belum tahu mah...
Practice makes perfect!
Yang Bernyanyi,
Rudy Djoharnaen
Wednesday, April 29, 2009
Monday, April 27, 2009
Friday, April 24, 2009
Antonio's Song - Michael Franks
Michael Franks mencipta lagu ini untuk Antonio Carlos Jobim, seniman bossa yang menjadi ispirasinya. Niceeee. Dengar tiupan saxaphone itu...
Wednesday, April 22, 2009
Bernyanyilah Lagi...
"Bernyanyilah lagi, dengan suaramu yang meluahkan nada dari alam yang jauh dari kami, dimana muzik dan cahaya rembulan adalah satu." (Penyair Romantis Percy Bysshe Shelley)
Bukan mudah bernyanyi dari kalbu. Suara anugerahNya itu adalah bakat yang perlu dijaga dengan rapi. Setiap luahan menerusi dendangan dari kalbu itu perlu dihargai nilainya oleh sang penyanyi itu sendiri sebelum ia dinilai oleh mereka yang mendengarnya. Nyanyian adalah wahana bagi luahan seni yang bisa memberi gambaran keindahan.
"Nyanyian pada saya adalah suatu luahan yang paling sempurna. Ia sungguh spontan. Dan selepas nyanyian, saya rasa biolalah. Oleh kerana saya tidak boleh menyanyi, saya melukis." Pelukis Georgia O Keefe.
Setiap penyanyi mempunyai keistimewaan masing-masing dan mempengaruhi antara satu dengan lain. Aku mengambil inspirasi nyanyianku dari gaya penyanyi jazz dan balada. Jiwaku terlekat dengan gaya muzik sedemikian. Aku tidak suka terpekik-pekik kerana ingin mencapai nota vokal tinggi. Aku lebih suka santai bila menyanyi agar aku dapat menghayati lagu tersebut. Padaku, tidak semestinya seorang penyanyi harus boleh mencapai nota tinggi untuk dianggap bagus. Ia tergantung pada gaya dan mood sesebuah lagu dan kecenderungan pada gaya penyanyi tersebut. Ella Fitzgerald dan Dionne Warwick, contohnya, cukup santai pabila menyanyi tapi mampu memukau para penonton.
Aku lebih gemar bernyanyi secara langsung, kerana aku anggap ianya peluang yang datang sekali. Lebih-lebih dengan iringan alat muzik yang dimainkan secara langsung. Sama ada nyanyian itu bagus atau tidak, nyanyian secara langsung atau 'live' tidak boleh diulang untuk diperbetulkan apa jua kesilapan. Itulah tantangannya. Berbeza dari rakaman yang boleh diulang rakam. Seorang penyanyi yang baik itu dinilai dengan kebolehannya menyanyi secara langsung.
Melodi yang keluar dari mulut seorang penyanyi harus diiring dan sejiwa dengan senikata dan melodi dari alat muzik. Senikata haruslah dinyanyikan dengan jelas agar pendengar boleh menghayati apa jua kisah dalam lagu yang diluahkan sang penyanyi. Sang penyanyi harus mendalami sesebuah lagu itu dengan menghayati senikata dan senilagunya terlebih dahulu. Harus bikin 'homework' sebelum membuat persembahan. Aku tidak menghargai seorang penyanyi yang sering lupa senikata dengan alasan lelah atau kesempitan waktu. Dimanakah profesionalisma itu? Maaf, Aku hanya menegur mereka yang bernyanyi dan juga diriku sendiri, kerana aku tidak dapat lari dari kesilapan.
Aku adalah penyanyi yang masih belajar. Begitulah hidup di dunia ini. Kita akan terus menjadi pelajar kehidupan. Tidak kira apa jua bidang yang kau ceburi, kau akan terus menjadi pelajar. Apa jua yang aku dendangkan, aku ingin buat yang terbaik. Walaupun ia tidak mendapat tepukan gemuruh, aku pasti ada diantara mereka yang menghargainya.
Walaupun kau dianggap penyanyi jalanan sekalipun, buatlah yang terbaik. Tak mengapa. Pasti ada yang menghargai.
Pasti ada diantara mereka yang akan berkata, "Nyanyilah lagi..."
(ini hanya pandangan. terpulang pada yang membacanya)

rasa-rasa.
Sejak akhir-akhir ni, ada rasa-rasa untuk cabut ke Malaysia untuk mengeksperimen market jazz di sana. sini terlalu kecil. rasa-rasa aje ler.
Monday, April 20, 2009
Seniwati / Biduanita Normadiah
Beliau lahir dengan nama Edith Sumampouw dalam keluarga Kristian yang berasal dari Menado, Sulawesi, Indonesia pada 1932. Orang tua kandungnya bernama Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè.
Pada usia 18 tahun, namanya bertukar menjadi Norma Abdullah apabila beliau memeluk agama Islam bersama bapa angkatnya pada usia 18 tahun. Bersama bapa angkatnya, beliau mula-mula melibatkan diri sebagai pelakon dalam rombongan bangsawan yang merantau ke Malaya. Pabila menjadi pelakon filem, beliau diberi nama Normadiah oleh A.R Tompel.
Syarikat perfileman yang mula-mula menawarkan kontrak lakonan kepadanya adalah Nusantara Film Company. Di Nusantara Film Company Normadiah berlakon dalam filem Seniati arahan A.R. Tompel, Pacar Putih arahan Naz Achnas dan Dian arahan Naz Achnas. Pada 1953, beliau menyertai Shaw Brothers dibawah produksi Malay Filem Productions (MFP) sebagai pelakon, penyanyi dan pereka tari sehinggalah penutupan studio tersebut pada 1967.
Di MFPlah namanya sebagai Seniwati filem mengharum dengan lakonannya yang sangat berkesan. Watak jahatnya sebagai Ibu tiri dalam 'Lela Manja' membuat penonton benci padanya, kerana keberkesanan lakonan tersebut. Bukan sahaja watak serius, malah watak komedi juga dibawanya dengan baik seperti filem 'Saudagar Minyak Urat', 'Siapa Besar', Aksi Kucing' dan lain-lain lagi.
Filem Si Tanggang
Setelah penutupan MFP, beliau ada berlakon dalam beberapa buah filem seperti Ibulah Shorga oleh Gafico Filem, 1968 dan Mat Karung Guni (1971) (arahan Mat Sentul) oleh Cathay Keris Film. Pada era 70an dan awal 80an, beliau sering digandingkan dengan Seniman Mahmud Jun (watak sebagai suami isteri orang kaya) dalam filem-filem seperti Badul, Panglima Badul, Si Luncai, Toyol dan lain-lain lagi.
Normadiah juga adalah seorang biduanita unggul yang merakam lagu-lagu malar segar seperti Penggodaan, Seri Dewi Malam (Sharifah Aini merakamkannya semula pada 1970), Sang Rajuna Hati dan juga lagu-lagu dari Pancha Sitara yang dianggotainya. Pancha Sitara diketuai oleh P.Ramlee pada awal 60an.
Beliau telah berkahwin tiga kali. Suaminya yang pertama adalah seorang berbangsa Cina dan hasil perkahwinan itu adalah Martinah Hatim Hassan. Perkahwinan kedua menghasilkan dua orang anak, Syed Ekzan dan Sharifah Hasnor. Sharifah Hasnor pernah bergandingan dengan Bat Latiff untuk filem Satu Titik Di Garisan (1971, Cathay Keris). Perkahwinan terakhir dengan Seniman/Biduan Almarhum Aziz Jaafar, mendapat dua orang anak, iaitu Azlina dan Liza yang mewarisi bakat keduanya dalam bidang nyanyian.
Lagu yang aku tidak dapat lupa adalah 'Bulan dan Juga Angin', duet beliau dengan P.Ramlee untuk filem 'Panggilan Pulau'. Menurut kakakku yang dahulunya seorang penari, Normadiah seorang yang sangat rendah diri dan menggelarkan dirinya 'Mak' ketika sama-sama membuat rakaman SBC Hari Raya Haji pada pertengahan 80an . Azlina juga peramah dan sopan ketika berbicara.
Keunggulan Seniwati dan Biduanita ini tidak ada tolok bandingnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 2000 pada usia 68 tahun akibat penyakit appendiks dan kencing manis. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin

Sunday, April 19, 2009
Pasangan Hidup
masih mencari dan tetap mencari sehingga Tuhan menemukannya.
pada mereka yang sudah bertemu, jagalah ia baik-baik.

Pasrah- Karim Supnan
Kenalan aku ni punya suara yang baik. Aku sudah lost contact sama dia. Sejauh yang aku ingat, dia telah menghasilkan 2 album. Sayang dia tidak pergi jauh dalam dunia nyanyian.
Friday, April 17, 2009
Mr. Summertime
Sebuah grup harmoni 70an bergelar CIRCUS dari Jepun yang aku sudah jadi minat. Sesuai dengan taste aku.
Tuesday, April 14, 2009
Filem Si Luncai
1980. Filem komedi Almarhum R.Jaafar yang sangat aku suka. Best bila dapat tonton kat youtube. Si Luncai diterbitkan Sabah Filem Productions milik Deddy M Borhan. Arahan Omar Rojik. Barisan pelakonnya terdiri dari Mahmud June, Yahya Sulong, Idris Hashim, Osman Kering, Hussein Abu Hassan, Normadiah dan Azlina Aziz yang kiut. :)
Susunan muzik dan lagu filem oleh Ahmad Nawab.
Kalau nak tengok secara penuh: click sini
Selamat Menonton
Monday, April 13, 2009
di lantai makanmu
yang terhidang di lantai makanmu
hanyalah ikan kering, nasi dan segelas air putih
harus kau suap walau berat sekali hatimu
ikan kering, air putih dan nasi segenggam dua itu
adalah harapan untuk hari depan
yang membuat kau tersenyum
langit tidak selalunya redup suram
esok masih ada...pasti ada.
Rudy Djoharnaen
9.41 pagi
Singapura

Sunday, April 12, 2009
Saturday, April 11, 2009
Sepatu Baru
Si Tanggang
Ini adalah diantara lakonannya yang sangat menyentuh. Seniwati yang sejati.
Al Fatehah untuk Almarhumah Seniwati Normadiah.
Lagenda Si Tanggang punya dua versi. Satu si Tanggang durhaka disumpah ibunya jadi batu. Yang ini pula jadi burung.

Tikus dan Katak
Friday, April 10, 2009
Untuk Para Sahabatku...
Semoga dikurniakan cahayamata yang beriman
Semoga dikurniakan teman hidup yang mencurah kasih asmara
Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah
Semoga dikurniakan rahmat yang tidak ternilai
Semoga dikurniakan penerang hati dan akal dalam perjalanan hidup
Ini doaku untuk kalian. Amin.

Thursday, April 09, 2009
Monday, April 06, 2009
Budi
Campakkan budimu ke laut. Walaupun ia hanya dimakan oleh seekor anak ikan yang kecil, dimataNya ia sangat berharga dan akan dibalas dengan kurnia yang tidak terhingga. InsyaAllah.
Rudy Djoharnaen
Rudy Djoharnaen
Kalau Ku Tahu - Biduan S.M Salim
Iringan Malaysian Philharmonic Orchestra. Biduan S.M. Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Mohamad Al-Mahros telah menjadi anak seni sejak tahun 50an lagi.
Labels:
Irama Melayu Tradisional,
Malar Segar,
Muzik,
S.M Salim
Gelombang
Thursday, April 02, 2009
Lembayung Senja
aku ingin menikmati lembayung senja
ketika mentari kian meredup dan terbenam
di balik Gunung tua yang menjadi saksi alam semesta yang telah tua
aku ingin menikmati lembayung senja
ketika sang bayu yang dingin menghembus ke wajahku
diiringi beburung yang terbang pulang
aku ingin menikmati lembayung senja
bersama tiupan seruling anak gembala
irama senjakala yang mendayu
dari hati yang sedang merindu
aku ingin menikmati lembayung senja
sambil keindahan alam ku jepret dengan sungguh-sungguh
sebagai tanda kenangan
dari kalbuku yang membutuhkan ketenangan
Rudy Djoharnaen
6.45 petang
Singapura
Wednesday, April 01, 2009
Sayang Musalmah / Gunung Banang - Biduanita Sharifah Aini
Keunggulan dan kehandalan beliau menyampaikan irama-irama tradisional memang tidak boleh dipertikaikan. Sunnguh, sungguh merdu dan mendayu suaranya membawakan Ghazal Sayang Musalmah dan Gunung Banang secara live bersama Orkestra Kuala Lumpur pada 1995 sempena konsert penghormatan padanya.
Arwah Bapak memang suka nyanyi lagu ini ketika beliau duduk santai dengan kopi panas sambil ngisap rokok kretek dulu. Bukan mudah menyanyi ghazal.
Seorang penyanyi itu akan menjadi sangat berkesan kerana kebolehannya menyanyi secara 'live' dengan iringan muzik yang 'live'. Kita boleh handal dengan pelbagai genre muzik, namun muzik yang menjadi warisan dan akar kita sebagai orang Melayu tak harus kita lupakan. Kalau tak tahu nyanyi lagu tradisional sekalipun, tak mengapa. Ini mengikut kemampuan vokal masing-masing. Asalkan kita cuba dan menghargainya, itu sudah cukup o.k.
Semoga terhibur.

Sharifah Aini
Subscribe to:
Posts (Atom)