Saturday, February 28, 2009
Biduanita Kartina Dahari
Memang wajar Biduanita negara ini diberi penghormatan sedemikian. Kartina Dahari memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi pada tahun 60an. Beliau adalah anak kepada Dahari Jarr, pemimpin pancaragam Orkes Kampung Gelam di Singapura. Datuknya, Wak Jarr adalah pencipta lagu-lagu bangsawan.
Pada era 60an, Kartina terkenal dengan pesembahannya bersama Biduanita Alina Rahman, Biduan Rahim Hamid dan Ahmad Daud dalam rancangan RTS (nama old school Mediacorp) "Kalong Senandong" . Beliau juga pernah merakam LP dan EP Inggeris seperti Look of Love, Peace of Mind, Whisper You Love Me Boy dan lain-lain.
Pada tahun 70an, beliau mula berkeroncong. "Sayang Di Sayang" (Ktina at her best vocal expression) ciptaan Seniman Muzik Zubir Said yang dibawakan semula dalam genre tersebut sangat masuk ke dalam hati. Kemahiran berkeroncong itu menaikkan nama Kartina sebagai Ratu Keroncong Singapura. Banyak juga lagu-lagu keroncong rakaman beliau yang disukai seperti Keroncong Rindu, Seruling Senja, Jangan Ditanya, Sriwana, Tunas Kasih dan lain-lain lagi.
Keunggulan Biduanita ini terletak pada karisma dan ekspressi vokal yang sangat melodius. Ditambah pula dengan pembawaannya di atas pentas dengan pakaian yang elegant dan keindahan raut wajahnya. Beliau memang pandai menjaga kewibawaan sebagai seorang penyanyi. A performer with her own Class.
Tahniah Biduanita Kartina Dahari. Keunggulan dan jasa anda dalam dunia seni suara tiada tolok bandingnya. Salute! Insyaallah, kalau aku bikin solo show aku sendiri, aku akan undang Puan menyanyi.
Friday, February 27, 2009
atas nama cinta
Tonasi dan style nyanyian beliau agak dipengaruhi oleh Melly Goeslaw. Sedap. Watever it is, I like you Ross. U so cute banget! =)
Thursday, February 26, 2009
Manha De Carnaval
Biduan Ahmad Daud merakam versi Melayu "Kasihku" pada 1964.
Perry Como & Luiz Bonfa
1959. Orfeu Negro
1964. Ahmad Daud & iringan John Lee Orchestra. Senikata melayu oleh S.Sudarmaji.
Setiap versi ada keistimewaan tersendiri. Inilah keindahan seni muzik yang tiada sempadannya. Beautiful indeed.
Wednesday, February 25, 2009
Bossa Medley
Sinatra dan Tom Jobim (Medley)
Medley from Sinatras TV Special in 1968: A man and his music.
Quiet night of quiet stars
Change Partners
I concentrate on you
The girl from Ipanema
Antara Mohamad Nasir dan Aku. (1999)
"takde, bang."
"abih tak nak buat album ke lepas menang?"
"buat masa ni saya pikir taklah bang."
"apasal?"
"saya masuk pun pasal nak duit bayar diploma fees."
"oh. oklah tu kau menang apa. bagus."
"alhamdulillah"
Tuesday, February 24, 2009
Monday, February 23, 2009
monday to friday
1830 - habis kerja
1945 - exercise
2115 - home sweet home
2300 - tidur
0600 - bangun
0930 - masuk kerja
1830 - habis kerja
1945 - home sweet home
2300 - tidur
0600 - bangun
930 - masuk kerja
1830 - habis kerja
1945 - exercise
2115 - home sweet home
2300 - tidur
0600 - bangun
Saturday, February 21, 2009
Petang Suram
sekali lagi aku menikmati dingin
dari hujan yang rintik-rintik
pada petang yang redum suram
Friday, February 20, 2009
Biduanita Elza Soares
Versi 'Masquenada' ciptaan Biduan Jorge Ben Jor yang beliau rakam pada 1968 sangat bertenaga dan refreshing. There's attitude in that style. Masih lagi aktif bernyanyi. Love that samba, babe!
1968. Masquenada
Tuesday, February 17, 2009
Oye Como Va
Monday, February 16, 2009
Wednesday, February 11, 2009
PASTA TREAT
I'm giving a pasta treat!
Untuk seorang saja. Maaf bajet aku hanya untuk seorang..hehe
Jawab soalan-soalan mudah dibawah ini.
1. Namakan 5 buah lagu yang pernah aku post dalam blog ini.
2. Namakan seorang penyanyi yang aku minat.
3. Saya suka ke blog Rudy Djoharnaen (darikalbuku) kerana ........ (tidak melebihi 30 patah perkataan)
These are easy questions, just browse through my blog.
Syarat-Syaratnya
1. Pengunjung bukan dari kawan-kawanku yang ku kenal. (members2 semua out..no way)
2. Pengunjung bukan dari sanak saudara dan kaum kerabatku.
Kepada my dear Malaysian/Indonesian/luar Singapura visitors, kalau anda sanggup turun Singapura, silakan ler.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Hantarkan jawapan anda melalui email kepada: jazzdjoe@gmail.com
Email subject: Hey Joe, I wanna Pasta Treat!
Sertakan juga nama dan umur anda dan email anda.
Kalau menang, saya akan menghubungi anda melalui email untuk menetap hari dan waktunya saya akan treat anda. Saya akan belanja anda makan pasta dan minum teh atau kopi sambil ngobrol-ngobrol (chit chat).
Tarikh tutup penyertaan: 18 February 2009, by 2359hrs waktu Singapura
Looking forward to see you.
Thank You
Rudy Djoharnaen
www.darikalbuku.blogspot.com
jazzdjoe@gmail.com
Singapura
Tuesday, February 10, 2009
Monday, February 09, 2009
Chi Bi Dhi Bi Dhi Bang Bang! - Mahani Mohd
Lagu ceria di pagi Isnin yang cerah. Lagu dendangan Mahani Mohd ini popular pada tahun 70an. Mahani sering membuat persembahan di luar negara dalam kariernya sebagai seorang penyanyi. Beliau juga handal dalam jazz dan ballad Inggeris. Keroncong juga merupakan 'makanan' beliau. Suaminya adalah ikon popular Pop Yeh Yeh 60an, Biduan Jaapar O.
Sunday, February 08, 2009
Hito Koishikute dan Hari Bahagia
"Hito Koishikute (Rindu Seseorang)" nyanyian Saori Minami Lirik: Tsuzuru Nakazato, Lagu: Masamitsu Tayama, Susunan: Kimio Mizutani, Penerbit: Masatoshi Sakai, 1975.
1978. Trio Manja (dianggotai oleh Jamaliah Arshad, Hamidah Ahmad dan Aida Ahmad) merakam semula lagu ini dalam versi Melayu. Diberi judul 'Hari Bahagia' Senikata oleh Almarhum Haron AbdulMajid. Dimuatkan dalam LP 'Untukmu Sayang' dibawah label EMI Singapore. Kalau tak silap susunan muzik oleh S.Atan.
Kedua versi ini aku suka. Pembawaan Trio lebih lebut berbanding Saori, tetapi begitulah keindahan kedua versi ini. Muzik Melayu dulu memang banyak meminjam dari Muzik lain seperti Jepun dan Inggeris.
Chie, aku sangat setuju Saori Minami seorang yang jelita, macam Hiromi Ohta. Hehe... Thanks dear.
Friday, February 06, 2009
untuk kamu yang baru pulang dari utara (akan bersua ini malam)
salah satu sebabnya adalah kerana engkau, sayang
walau aku tahu kau sudah disunting
entah mengapa aku masih ada sedikit harapan
aku mahu memperbetulkan diriku
yang dahulunya tidak menarik pabila aku lihat di cermin :)
tapi kini tak mengapa, aku tak kisah
aku telah cuba kikiskan perasaan ini
walaupun begitu, aku tetap mendapat untungnya
aku lebih cergas kini...
cinta itu wujudnya tiada kerana untuk satu kerana
hehe...aku ini sudah gila agaknya...
p/s malam ini kita akan bersua.
Wednesday, February 04, 2009
Malam Ini Kita Berpisah
Ditujukan kepada...you know who you are...hehe
1969. Lagu ciptaan P.Ramlee ini menjadi soundtrack filem Enam Jahanam lakonan arahan Seniman itu sendiri. Versi di atas adalah rakaman semula pada 1972 dibawah EMI. Habibah merakam kedua versi. Versi Filem dan EP. Bagi versi filem, beliau sebagai penyanyi latar, meminjamkan suaranya untuk seniwati Nor Azizah.
Tuesday, February 03, 2009
Bawah Rumpun Bambu
(P.Ramlee/Salleh Ghani)
4 Jun 1973. Lagu terbitan GUO Records ini diantara ciptaan terakhir P.Ramlee selain Air Mata Di Kuala Lumpur. Senikatanya ditulis oleh Salleh Ghani. Namun, P.Ramlee hanya sempat mendengar lagu ini sebelum EPnya dicetak kerana meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Mimi Loma merupakan adik kepada Biduanita Saloma. Beliau pernah berlakon dalam filem Ahmad Albab memgang watak Suhara.
Menurut beberapa sumber, pada awalnya P.Ramlee mencipta lagu ini untuk Saloma. Tujuannya juga untuk menarik Saloma menyertai GUO. Namun Saloma menolaknya kerana mempertimbangkan kredibiliti syarikat rakaman ini. Saloma waktu itu dibawah naungan gergasi EMI. Kalau benar sumbernya, well, you can't blame the lady. (EMI / GUO...come on..hehe).
Kemudian lagu itu diserahkan kepada Mimi untuk merakamnya. Rezeki beliau. Maka secara rasmi, lahirlah Mimi Loma dalam industri muzik Melayu. Lagu ini mempunyai sentuhan muzik hindustan dan susunannya sangat rapi.
p.s. ini lagu Mak aku. :)
Monday, February 02, 2009
Panglima Badul
Filem ini diarahkan oleh Hussein Abu Hassan dan diterbitkan pada tahun 1978. Filem ini dibintangi oleh A.R Badul,Yusni Jaafar,Hussein Abu Hassan,Benjamin S,R. Jaafar,Normadiah,Datuk Mahmud June,Mak Enon,Yahya Sulong,Hamid Gurkha
Di Wajahmu Ku Lihat Bulan
Sunday, February 01, 2009
The First Time Ever I Saw Your Face-Roberta Flack (1972)
1957. Biduan Folk Ewan MacColl telah mencipta lagu ini untuk isterinya Peggy Seeger. Peggy telah menelefonnya meminta cadangan akan lagu bagi babak romantis dalam sebuah persembahan drama. Ewan kemudian mencipta lagu ini dalam masa setengah jam dan mengajarnya langsung melalui telefon. Sentuhan Biduanita Roberta Flack memberi nafas baru pada 1969 dalam albumnya "First Take". Dengan keindahannya, maka The First Time Ever I Saw Your Face, berjaya meraih Anugerah Grammy Song Of The Year pada 1972.