Friday, January 30, 2009

PULAU UBIN CAMPING TRIP Semasa CNY

During Chinese New Year, aku pergi Camping Trip dengan sahabatku Sapiee a.k.a Clownprince dan adik beradiknya. Inilah dia diantara foto foto. 2 hari satu malam kita camping, bbq, berbasikal. Oklah best jugak. Nanti aku post banyak foto lagi.

Dari kiri: Shukri Kraken, Haniff Belangkas, Aku Hensem, Mizan Kapal.

Tengah BBQlah ni. Bakar Krabby Patties, hotdog, crabstick.
Best.











Aku Hensem, Mizan, Sapiee a.k.a Clownprince dan Shukri Kraken














Aku dan Mizan Kapal. Mizan ini juga budak
pandai. Pandai habis!















Haniff ni budak cerdik kat sekolah. Dia menganggotai sebuah Nature Society yang menjaga hak asasi belangkas-belangkas kat Singapura ni yang sedang endangered. Belangkas tu apa? Belangkas tu Horseshoe Crablah. Dia mahir dalam bidang ni.
Si Shukri ni pulak hidup dalam Ilusi dan Alam Siber Permainan. Dia ni slow sikit tapi hidup apabila aku bukak story pasal Brontosaurus dan suka pada Kraken. Apa tu Kraken? Pergi googlelah.
















This is Sap. Sahabatku yang bakal jadi Cikgu. Kita dah bersahabat sudah dekat 11 tahun dah. How time flies, bro...hehe


















Ini tidak lain tidak bukan...aku yang cute. Sap kata aku pakai topi mcm tourist Jepun. Apa saja jer..hehehe.


Arti Kehidupan - Mus Mujiono

Kasetnya sudah bercendawan. Mujur ada link di imeem. Mus Mujiono adalah penyanyi blues dan jazz Indonesia. Beliau juga adalah gitaris handalan. Arti Kehidupan dimuat dalam album Yang Pertama, 1988. Album yang sangat laris ketika itu. Kemungkinan penyanyi lagenda ini dipengaruhi oleh sentuhan blues George Benson.

Favorite.

Hati Lebur Jadi Debu

Keroncong adalah salah satu muzik dalam jiwaku dan Hetty Koes Endang. I like...

Mummy...this song is for you. Amaciam karaoke nak?

mimpi

what sindrom is this?? semalam aku mimpi aku ada anak kembar dua.

Friday, January 23, 2009

Ambeng oh Ambeng

hari jadiku nanti akan aku suruh mak aku buat nasi ambeng...
yum..yum...
the bagedil, the ikan goreng, the ayam, tahu, mmmm...

Thursday, January 22, 2009

Singapore Budget

Klik sini,

Singapore Budget

Laporan dari Menteri Kewangan.

Rudy

Wednesday, January 21, 2009

dealova

kau seperti nyanyian dalam hatiku

yang memanggil rinduku padamu

seperti udara yang ku hela kau selalu ada...

Tuesday, January 20, 2009

Jika



Melly Goeslaw & Ari Lasso

Demi Cinta
Segalanya boleh jadi
"Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku"

Haha...mungkin juga ya. Interesting sekali cinta.

Monday, January 19, 2009

Antara Nasir dan Ramlee

"Daddy, ramai juga uncle-uncle studio tak sukakan Daddy, tapi Daddy selalu ambil mereka dalam filem Daddy."

"Mereka tak suka Daddy, tapi Daddy suka mereka, yang dia tak sukakan Daddy tu, biarlah dia jawab dengan Tuhan."

(Bapaku P.Ramlee, oleh Nasir P.Ramlee)

Nasib

Bila mana kita terpaksa menggunakan simpanan kecemasan untuk tanggungan diri dan orang lain, ada baik dan tak baiknya. Tak baiknya, ia bererti ekonomi kita merosot. Baiknya, ia menyadarkan kita betapa pentingnya menyediakan payung sebelum hujan. Melihat 30% dari kren-kren tanpa kegiatan di pelabuhan Singapura dan semakin tipisnya muka surat Straits Times (kerana iklan yang berkurangan), telah memberi isyarat kurang baik tentang ekonomi.

Kita tidak pasti bila kemelesetan ini akan berakhir. Satu-satunya kepastian adalah ketidakpastian dan satu-satunya jaminan adalah perubahan. Tuhan tidak akan mengubah nasib kita kalau kita tidak berusaha mengubahnya sendiri.

Semoga Allah memurahkan rezeki kita dan menguatkan kesihatan agar kita dapat terus bekerja dan menabung. Nikmat itu sentiasa ada, cuma kita terlupa tentangnya sehingga Dia menguji kita. Yang penting kita semua sabar dan redha.

Kepada teman-temanku di sektor kriatif, time to be more creative.

Alhamdulillah.

(anyway, ini adalah renungan untuk diri sendiri. aku bukannya pandai pasal ekonomi ni.hehe)

Sunday, January 18, 2009

Tolong Damaikan




1972. Dari EP Ilham Pujangga, Biduan 'Soulful' Ismail Haron menyampaikan mesej damai melalui lagu saduran dari Mammy Blue (oleh Stories)

Friday, January 16, 2009

Antara Mak dan Aku.

"nak berhenti ke tak nak eh?"

"Mak nasihatkan jangan dulu. Pikir betul-betul tapi terpulang pada kaulah. Kalau Allah dah tetapkan rezeki kau kat sana, macamana pun kau tetap kat sana jugak. Kalau Allah kata kau berhenti, berhentilah kau..."

"tak tahulah, tengah pikir ni..."

"susah sangat kau tanyalah Yang kasi kau Rezeki tu. Dia Lebih tahu."

"okaylah...see how"

"see how, see how...abih ni bila nak pikir pasal kahwin plak...kau tak nak masuk 30 tau."

"aiyoh.."

Tuesday, January 13, 2009

Filem 'Raja Bersiong'



1968. Sebelum Shaw menutup pintu gerbang Studio Jalan Ampasnya, ia telah menerbitkan sebuah filem bercorak 'Epic' dalam format warna Shawscope. 'Raja Bersiong' diadaptasi dari lagenda pra-Islam negeri Kedah dengan ilham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Filem arahan Jamil Sulong ini menampilkan hampir seluruh bintang Malay Film Productions; Ahmad Mahmud, Sarimah, Nor Azizah, Aziz Jaafar, Omar Suwita, Salleh Kamil, Rahmah Rahmat, Zaiton, Normadiah dan lain-lain lagi.

Filem ini adalah filem paling tinggi bajetnya. Jarang ditayangkan di TV kerana mungkin mengandungi unsur-unsur khurafat seperti penyembahan berhala dan perkahwinan yang dilangsungkan oleh sami. Namun dari segi estetik, aku rasa ia sangat bermutu dan 'grand scale'. Namun ia gagal menyelamatkan industri filem Melayu yang sudah menjunam. Merdeka Studio di Ulu Kelang dan Cathay juga turut marasakan pahitnya.

Setelah 'Raja Bersiong', layar perak Studio Jalan Ampas pun menutup tirainya.



Bobby

Aku bukan peminat lagu hindustan, tapi ini lagu memang baik.
Dari filem 70an, Bobby lakonan Rishi Kapoor dan Dimple Kapadia.
Mak boleh meleleh-leleh airmata tengok ini gambar.

Monday, January 12, 2009

stress nak mamposlah!

baik aku terjun dalam swmming pool.

bedebush!

Sunday, January 11, 2009

aku dikelilingi bunga

hidup aku dikelilingi oleh kuntum-kuntum bunga
tempat aku bekerja semuanya kuntum-kuntum bunga
teraju utamaku juga sekuntumbunga
guru-guru di bawah naunganku hampir semuanya kuntum-kuntum bunga
sekolah-sekolah tempat aku mengajar dikelilingi kuntum-kuntum bunga
bunga mekar, bunga mengharum, bunga kembang tak jadi, bunga hampir layu
bunga itu, bunga ini, macam-macam lagi.

Friday, January 09, 2009

Harmony In Red

Harmony In Red (1908), karya Henri Matisse. One of my favorites.
Hans Purrmann tentunya beruntung menjadi muridnya.

Wednesday, January 07, 2009

Sukma Rindu

Pabila Saloma Berlagu
Mixed Media on Watercolour Paper
80cm x 80cm
Rudy Djoharnaen
Di 62-08 Apad, Singapore Art Museum, 2008

Tuesday, January 06, 2009

MAKAN DARAH BETUL!

@@
@@@
@@@@@@
@@@@@@@@@
@@ @@
~~ ~~
----(O) -- (O)----
()
(OO)
VUUUUV
^^^^^^

Apa Kau Merepek

...jadi baik diam.diam diam tau tau berak...lepas berak buat 2 Casino...lepas casino cari Indro...
lepas tu cari Dono....mesti pandai berenang....takut pulau tenggelam....lepas tenggelam bersih kembali...balik semula asal...sebab maggie masak 2 minit.....air pasang pagi surut pukul berapa...
apa nak buat dengan dondang sayang....melayu takkan hilang melayunya....pak Yaacob bermain biola...pak dolah pukul kompang....mabuk main dam .....semua lupa perjanjian dibuat di singgahsana....bila keluar menangis sahaja...mak & bapak cukup gembira bapak azan telinga.....jalan hidup sekelip mata...Demi masa Rolex dicipta tapi masa tak mengizinkan kita...ditarik direntap dari jasad kita....komat kamit Yasin macam karaoke.....kain batik lepas....kain putih melepas....tabur pacai...lepastu ciumkan tanah...jalan tujuh tapak sahaja.....lepas tu Who Wants To Be A MILLIONAIRE

Ditulis oleh:
~Ghoose~

Sunday, January 04, 2009

O Pagi.










Suatu Pagi. Bersarapan. Ipoh.
Sebuah bandar lama yang sepi.
Mungkin untuk mereka yang suka akan kesepian.
Atau yang sedang mencari ketenangan.
Atau yang ditinggal pergi.
Atau yang sedang mencari mimpi.
Atau yang sedang menanti sesuatu yang pasti atau tidak pasti.
Terkubur sepi atau mekar berseri.
Merindui atau dirindui.
Terpulanglah pada diri.


Rasanya 'O Pagi' oleh Nuradee mungkin bisa memberi gambaran sedemikian.

Sepi itu api
sepi itu rindu
usahlah kau biarkan
sepi itu membakar aku...

Hahaha!

Saturday, January 03, 2009

Entah, Entah, Entah

2009. Selamat Tahun Baru Semua. Aku sudah kembali ke tanahair.

Kepada Kina, Ashleigh, Lalalyla dan mereka yang pernah request ini lagu, anda semua boleh download disini. Klik saja link dibawah ini:

Entah, Entah, Entah (Perhaps, perhaps, perhaps).mp3
Free file hosting from File Den


Terima kasih kerana menghargai dendangan dari penyanyi yang kecil ini. Nyanyian ini dari kalbu yang mengharapkan agar ia bisa masuk ke kalbu mereka yang mendengarnya.
I wish you all the best of health and success in your wonderful lives. Thanks for visiting my blog. My respect and love to you all ya!





Rudy Djoharnaen


Singapura