Wednesday, December 30, 2009

Vietnam


Kepelbagaiannya membuka mataku. Akan aku sertakan foto-fotonya nanti.


Tuesday, December 08, 2009

I am me once more - Zee Avi

Post Minimal Romantic Sound! Sayang sama Zee Avi... ;)

Thursday, November 19, 2009

Renunglah Mataku Yang Rindu (Sway)

Saloma


Aku rasa pose ini adalah yang paling cantik sekali. Simple and sweet!

Sunday, November 15, 2009

Saturday, November 14, 2009

Spinning Wheel

Baru pulang dari reservist, sambil kemas-kemas field pack, aku mainkan ini lagu. Blood, Sweet & Tears - 'Spinning Wheel' 1969

Monday, November 09, 2009

Sis, sabar ya... I'm always here, InsyaAllah.

Sunday, November 01, 2009

Look of Love

Jamming bersama musician di Love The World Soul & Rock Bistro.

Monday, October 26, 2009

Sekolah Seni Dulu.





Lasalle SIA College of The Arts

Kenangan. Aku nak jadi student lagi....

Sunday, October 25, 2009

If You Go Away - Biduanita Dusty Springfield

Sangat menusuk...

Menyanyi untuk ASEAN.

Jumaat akan datang aku akan menyanyi untuk serombongan ketua-ketua dari ASEAN. Sudah agak lama aku tak menyanyi ini lagu, kali terakhir adalah 2006.

Aku telah memilih 'MAMBO ITALIANO'!

Wednesday, October 21, 2009

Janin dan Hidupnya



Kalaulah terlebih dahulu tahu segala pancaroba, apakah ingin janin ini keluar ke dunia dan bersemuka dengan kehidupan? Bukan mudah menjaga duniawi dan ukhrawinya dengan baik. Pasti ada saja cacat celanya. Kesempurnaan tidak ada pada kita. Segalanya pinjaman yang bila-bila masa sahaja akan ditarik balik. Ah! Susah betul hidup ini. Ibarat kotak Pandora yang dibuka. Segala noda keluar menyerang dan membisik untuk menyesatkan insan. Itulah sumpah si Laknatullah dahulu kala lagi.

Susah? Payah? Dugaan demi dugaan?

Begitulah jalan kehidupan yang telah ditakdirkan. Hati harus sentiasa menangkis segala noda dengan sekuat-kuatnya. Pintu Taubat masih terbuka. Ibarat kotak pandora, setelah segala noda keluar, yang terakhir adalah Harapan.

Harapan, Keampunan, Rahmat dan Kasih Sayang.

Sang Gusti Agung yang Maha Rahman dan Maha Rahim telah berjanji. Janji dan JaminanNya tidak akan dimungkiri.

SubhanAllah.


Rudy Djoharnaen

Pelacur...

Dosakah yang dia kerjakan?
Sucikah mereka yang datang?

Sunday, October 18, 2009

Menyanyi Di 'Wedding Musicals'


Baru saja pulang dari menyanyi di 'Wedding Musicals' di Furama Riverfront.
Had a great time! Aku menyanyi 5 buah lagu berkonsep jazz, chacha dan pop balada yang sesuai dengan suasana perkahwinan:

1. Moondance
2. Let's Never Stop Falling In Love
3. You're My Everything
4. Besame Mucho
5. Hello

Dengan kerjasama baik dari para pemuzik yang handal, aku telah mengubah 'Hello' yang asalnya Balada kepada gaya Swing. Power! Memang aku suka buat perubahan pada lagu.

Okay, aku penat ni. Nak Rehat dahulu.

Rudy Djoharnaen

Thursday, October 15, 2009

mencari Hawaku

Mummy,

aku akan mencari Hawaku pasti...
kalau Takdir mengatakan tiada sampai aku mati
semoga diganti dengan Bidadari di akhir nanti...

doa restumu aku hargai...

InsyaAllah...

Monday, October 12, 2009

Esok Malam Kau Ku Jelang

Irama Tempo Doeloe. Penyanyi asal: Titiek Puspa




Dendam rindu kasih di kalbu
ku curahkan dalam ini lagu
kan ku dendangkan bagi dikau sayang
di esok malam cemerlang

Sunday, October 11, 2009

Yayadan



Biar nadi seribu tahun
esok pulang di dalam iman
dosa hati ampunNya dipohon
di akhirat jua yang berkekalan

Sunday, September 27, 2009

Jamal Abdillah - Bintang RTM 1979


1979. Dengan dendangan lagu 'Senandung Semalam' yang ketika itu dipopularkan oleh Alleycats, Jamal Abdillah dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM. Naib Juara adalah Lanny Lim. Tempat Ketiga dimenangi Flora Santos. Komposer terkenal Ahmad Nawab kemudian mengambilnya merakam album pertamanya dibawah WEA. Album 'Perpisahan Tanpa Relamu' menjadi kegemaran ramai peminat muzik ketika itu. Vokal Jamal sangat mantap dan lunak. Sehingga kini beliau masih boleh menyanyi. Itulah kekuatannya.

Ramai penyanyi yang mantap lahir dari pertandingan nyanyian. Kalau di Singapura ada Bintang RTS, kemudian Adubakat dan Talentime. Diantara mereka adalah Othman Hamzah, Aziz Ahmad, Adlin Ahmad, Sharifah Aini, Ali Ahmad, Faridah Dollah dan lain-lain. Mereka mungkin tidak menjadi juara tapi bakat mereka terserlah dan digilap menerusi rakaman album dan persembahan. Ramai penyanyi akan terkenang zaman mereka menjadi peserta.

Begitulah sejarah Jamal Abdillah pada 1979.

20 tahun kemudian di Singapura...lahirlah seorang panyanyi berusia 19 tahun dari pertandingan yang bergelar Anugerah 12..siapa dia eh? Memoriiiii :)


Friday, September 25, 2009

Jauh Di Mata - Biduanita Kartina Dahari



Penyanyi asalnya adalah Biduan Tiar Ramon dari Indonesia pada tahun 60an. Kartina merakam semula lagu ini pada 1971 bagi sebuah album kompilasi EMI berjudul 'Aslirama' bersama Biduan/Biduanita yang lain ketika itu seperti Sanisah Huri, Saloma, R.Ismail dan Sharifah Aini. Lagu ini dimuatkan semula dalam album 'Keroncong Tina' pada 1973.

Kebolehan beliau menyanyikan keroncong dan tradisional memang tidak boleh dipertikaikan. Begitulah seni dari kalbu seorang penyanyi yang bersuara merdu.

Penyanyi Asalnya juga harus diberi pengikhtirafan. Tiap Ramon adalah penyanyi Minangkabau yang mempunyai suara merdu dan tinggi nada vokalnya.





Rudy Djoharnaen

Monday, September 21, 2009

Baju Raya Baru!

Memperkenalkan Baju Hari Raya yang aku reka sendiri. First time Design sendiri. Very proud of it! Unik tak? Woohoo!




Friday, September 18, 2009

dari jauh ku pohon maaf

SELAMAT HARI LEBARAN SEMUA.

Sunday, September 13, 2009

raya nak dekat dan aku sedang berselisih dengan seorang sahabat.... disebabkan aku yang tak sedar diri...khilaf.

All Star Raya!

Awal 80an, SBC. Terserempak dengan ini video. Legend.

PePenyanyi-penyanyi dulu kalau buat show raya punya Grand Finale minimal dance movement. Tapi vokal semua power. Muzik Orkestra.

Tuesday, September 08, 2009

Buka puasa dengan Lemonade Tonik amacam?

1975. Lamoned Tonik oleh Saifuldin Ali. Dari LP 'Dua Angkasawan: Indra Shahrir dan rakan-rakan'

Ditujukan kepada Zero Zero.


Lamoned Tonik,
minum pelan-pelan
ini zaman..SUPERSONIC!
Jangan ketinggalan

Tuesday, September 01, 2009

Akhirnya Berjumpa denganNya.

Bepuluh-puluh tahun mencari Tuhannya. Wonderful. May Allah Bless this 85 year old brother! Alhamdulillah. Good interview Shaikh!

Monday, August 24, 2009

POSKAD HARI RAYA

Selamat Berpuasa semua!

Kalau ingin membeli Poskad Raya yang saya cipta sendiri, sila ke

www.day-to-day-drawings.blogspot.com

Belilah ye!

Rudy Djoharnaen

Monday, August 17, 2009

Thursday, August 13, 2009

Jangan Tinggal Daku - Biduanita Saloma




Sedih
Pilu
Mengharap dan meminta

"Andai dikau pergi
daku teman tiada meratap sunyi
hampa... merana..."
Jangan tinggal daku...

 
1974. Jangan Tinggal Daku

Sunday, August 09, 2009

Suatu Masa



Lagu sejarah, yang telah membawaku ke dunia pentas Televisyen Melayu Singapura secara rasmi pada 1999. Zaman Gemilang.

Saturday, August 08, 2009

Dato' SHAKE



Inilah DATO SHAKE semasa zaman gemilangnya di France pada tahun 70an dan awal 80an. Lagu Angel diberi versi Melayu dengan tajuk UMMI. Lagu Perancisnya lebih bagus dari yang Melayu. Yang buat aku respek sama ini Dato' adalah sebutan kata nyanyian Melayunya tidak ada slang-slang.

Kalau tak silap beliau kini menetap di Perancis.

Rudy

Friday, August 07, 2009

Selamat Hari Kebangsaan!

 
Karya dari muridku: Elger Chong, 6 tahun
Tadika

Monday, July 27, 2009

My Blog is flagged as OBJECTIONABLE CONTENT. Whats happening? What did i do wrong?

BLOGGER.COM team, pls unflag me.

Sunday, July 26, 2009

setiap udaraku hela,
jarang sekali aku menghembus dengan Alhamdulillah
dari setiap detikan jantungku
yang menggerakkan darah melalui segala saluran yang ada
jarang sekali detikan itu ku balas dengan Alhamdulillah

maafkan aku wahai Penaung Maha Agung Gusti Allah.
Hamba sangat sangat tidak mengenang budi
Izinkan hamba beristifar dengan sungguh sungguh
diatas kehinaan diri hamba yang kosong ini...

Thursday, July 23, 2009

Lembah Biru - Andi Merriem

Dari album pertama Andi Merriem Mattalatta, seorang Biduanita 70an yang jelita. Lagu-lagu balada dari Indonesia memang mudah masuk ke dalam hati. Irama dan senikata dicipta dengan indah sesuai dengan vokal penyanyinya. ''Lembah Biru'' juga dirakam oleh Trio Bimbo

Sunday, July 19, 2009

Seorang Penyanyi adalah Pencerita yang berirama. Dia hanya perlu muzik yang indah untuk terus masuk ke dalam kalbu mereka yang mendengar cerita itu. Begitulah catitan dari kacamataku, sambil mendengar luahan kalbu Dusty Springfield...

Monday, July 13, 2009

Aku Mengerti - Black Dog Bone




Sebuah Supergroup lewat 70an. Vokal: Razzi M / Jatt Ali.
Saduran dari 'On the Shelf' 1979 oleh Donnie and Marie.

On The Shelf - Donny and Marie



Aku tak minat Donny and Marie, tapi aku suka ini lagu. Versi Black Dog Bone juga best.

Friday, July 03, 2009

Debu Di Hati - Ebby Saiful



Lagu filem 80an Ali Setan. Baik punya lagu.

Thursday, July 02, 2009

Quizas, Quizas, Quizas

Sedang mencuba bahasa Sepanyol pula. :)

Tuesday, June 30, 2009

Rasa Hati - Effa Rizan



Effa Rizan. Aku suka. Beliau adalah penyanyi 70an yang popular, isteri kepada seorang penyanyi dari era yang sama, Dahlan Zainuddin. Susunan muzik yang baik sekali.

Saturday, June 27, 2009

One Day In Your Life

Tak mengapalah Michael, I'll let Johnny Manthis do the job on this most beautiful song that you've ever recorded. Versi kamu membawa hiba. Goodbye King of Pop.

Thursday, June 25, 2009

Menimbang Rasa - Oslan Hussein

Arwah bapak punya lagu feberet!

Monday, June 22, 2009

Aku dan Lagu

Aku sedang cuba mencipta 5 lagu. Lagu-lagu dari kalbuku bersama senikata yang aku tulis dari ilham yang datang waktu malam. Akan aku dendangkan ia untuk santapan telinga dan jiwa mereka yang menghargainya. Hanya aku, lagu, gitar dan mungkin piano. Ringkas, minimal tapi penuh jiwa dan emosi. Aku tidak tahu apa akhirnya akan terjadi pada lagu-lagu itu. Suka atau tidak aku serahkan pada yang mendengarnya.

InsyaAllah. 3 more songs to go. Sedang memikirkan masa depan juga.

do re mi fa so la si do.....


Salah satu sumber ilhamku, Eva Cassidy.

Wednesday, June 17, 2009

Besame Mucho



Dindaku, dindaku sayang
Tiap kali kau senyum syurga terbayang

Bésame, bésame mucho
Que tengo miedo a perderte
Perderte después

Saturday, June 13, 2009

Seribu Tahun

Mencuba sedikit R&B bercampur sedikit jazz. Liriknya ada sedikit silap..haha



Lagu asal: Imran Ajmain

Untuk Rika yang tidak punya akaun youtube, silakan buka akaunnya. :)

Friday, June 12, 2009

Marilah Bergembira / Malamku Bermimpi - The old skool SBC.

Rancangan Awal 80an. Kalau tak silap 1982. SBC. I like.

Adlin Ahmad, Rozianah Baharuddin, Almarhum Kahar Hamid (P.Ramlee sound alike), Almarhumah Biduanita Saloma. Adlin dan Rozianah penyanyi 80an. Adlin, anak Biduanita Kartina Dahari adalah juara Talentime '82. Rozianah juga dari adubakat.

Aku rasa Kahar Hamid ni suara lebih mirip P.Ramlee dari Musli.

Thursday, June 11, 2009

Tuesday, June 09, 2009

Alam


Kita sudah lupa pada alam.
Pencemaran di sana sini
Apa kata Tuhan nanti?

Friday, June 05, 2009

Sejak kau Pergi - Sarena Hashim

Main Shair To Nahin adalah lagu asalnya. Dari filem Hindustan 'Bobby' yang sangat popular pada zaman mummy aku. Sarena Hashim merakam versi Melayunya pada awal 70an. Main Shair To Nahin berarti Aku Bukan Penyair.





Rudy Djoharnaen

Sunday, May 31, 2009

Berlarilah!


Adidas Sundown Marathon,
30 May 2009
Changi Point

Best.

Friday, May 29, 2009

Seniman Muzik Ahmad Jaafar

Seniman muzik yang unggul ini adalah anak kelahiran Binjai, Sumatra Indonesia. Lahirnya pada tanggal 30 Ogos 1919. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Methodist Boy's School dan juga sekolah Arab.

Sejak dari usia kanak-kanak, beliau belajar muzik atas dorongan dan didikan bapa saudaranya. Bapa saudaranya adalah seorang pemain biola dan bapa kandungnya seorang ejen filem bisu di Medan. Penglibatan Ahmad Jaafar dalam dunia muzik mula berkembang sekitar tahun 1933 apabila beliau menyertai kumpulan muzik tentera di Tanjung Pura. Bersama kumpulan inilah, beliau belajar bermain saksafon, klarinet dan lain-lain.

Pada zaman Jepun, Ahmad mula menggubah lagu-lagu sandiwara pentas bersama temannya Lilik Suhaeri. Mereka berdua telah menghasilkan lagu-lagu seperti Rama-Rama, Bunga Tanjung dan banyak lagi.

Penghijarahannya ke Singapura bersama isterinya Sutinah pada 1946 mula menambahkan warna seni muziknya.

"Kami didorong oleh kehebatan nama Singapura yang dikatakan mempunyai pemain muzik yang handal-handal. Saya mahu mencuba bakat saya," (Ahmad Jaafar, dipetik dari buku 7 Magnificient Composers)

Di Singapura, beliau berkawan dengan seorang lagi Seniman muzik Osman Ahmad dan mendapat pekerjaan sebagai pemain tenor di Great World Cabaret. Pada 1950, beliau mencipta sebuah lagu 'Ibu' sebagai lagu filem keluaran Shaw Brothers yang sama tajuknya. Lagu ini dirakam oleh Biduan P.Ramlee. Antara lagunya yang berkesan sehingga kini adalah 'Selamat Hari Raya' oleh Saloma. Lagu ini menjadi lagu wajib bagi setiap hari raya puasa.



Selian itu, beliau juga mengetuai dan mengasaskan Orkes Rayuan Kencana yang terkenal di tahun 50an dan sering mendapat undangan bermain untuk rancangan hiburan di Radio Malaya di Singapura. Beliau turut memimpin Orkestra HMV.

Pada 1958, Ahmad menyertai Radio Televisyen Singapura (RTS) atas rekomendasi dan usaha penerbit Yusof Ahmad. Beliau bermain muzik dan kemudian memimpin Orkestra RTS selama 15 tahun. Beliau terus berkerja bersama RTS sehingga stesen tersebut bertukar nama pada Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Beliau bersara pada 1992.

Pada 1981, beliau dianugerahkan pingat 'Cultural Medallion' oleh pemerintah Singapura dan Meritorious Award oleh Compass pada 1996.

Industri muzik Melayu telah kehilangan seorang Seniman unggul yang wajar dikenang dan dilestarikan segala karyanya. Inilah dikatakan 'Passion'. Seniman Ahmad Jaafar meninggal dunia Sabtu, 23 Mei yang lalu akibat penyakit pneumonia.

Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, May 23, 2009

Ogy Ahmad Daud - Bring Out The Beast In Me

1984. Siapa cakap rancangan Melayu dulu konservatif? Ambik kau ini video!

Thursday, May 21, 2009

Tuesday, May 19, 2009

My sister gave me a shock. A G SHOCK!!


Birthday Shock!

Thanks kakak!

Ada lagi satu hadiah best dari seorang sahibul disini

Thursday, May 14, 2009

Wednesday, May 13, 2009

29.

terkenang 19. berlalu begitu pantas.

Saturday, May 09, 2009

Till brönner



Pemuzik jazz dari Jerman ini memang handal banget. Aku mesti mau beli album dia.

Friday, May 08, 2009

Thursday, May 07, 2009

Sunday, May 03, 2009

Let's Face The Music And Dance



Late 2004. Baru-baru mau try-try sedikit jazz.

Ranjau-Atilia

Saturday, May 02, 2009

Antonio's Song - Versi Radka Toneff



Aku diperkenalkan dengan 'Radka Toneff' oleh seorang kenalan yang juga minat pada jazz. Memang best. Sentuhan yang sensitif tapi punya impak. Jazz sebaiknya dinikmati secara langsung. Hmm...teringin pulak 'menziarahi' jazz@southbridge atau blu jazz cafe minggu depan.

Friday, May 01, 2009

Live Performer-Salamiah Hassan

Ini adalah diantara contoh yang baik bagi seorang 'live performer'. Salamiah Hassan adalah penyanyi legendaris yang mempunyai kekuatan dan kemantapan vokal yang baik sehingga kini. Persembahan orkestra ini diambil dari Konsert Melodi Emas Ahmad Nawab. Atilia, anak Salamiah, juga seorang penyanyi yang agak baik cuma tidak semantap ibunya.



Irama dari Piano



Sesuatu yang agak sukar pada waktu aku mula menyanyi secara professional. Harus mengawal suara dimana keynya seiring dengan irama dari piano. Setelah beberapa tahun berlatih barulah aku dapat memberikan yang terbaik atau sebaik mungkin. Pemain piano dan Penyanyi harus mempunyai eye contact yang konsisten agar sentiasa seiring dan vokal tidak lari dari tempo. Apatah lagi menyanyi irama tradisional diiringi piano sahaja. Aku ini bukan pakar dalam irama tradisional, main hentam keromo saja.

Aku masih lagi belajar...


Rudy Djoharnaen

Wednesday, April 29, 2009

Kekuatan dan Kekurangan Dalam Nyanyian.

Aku menulis renungan ini setelah berbicara dengan kenalanku, penyanyi Suraya Hassan menerusi facebook sambil menonton Ella Fitzgerald.

S
etiap penyanyi mempunyai kekuatan dan kekurangan. Kekuatan harus digunakan dan dipraktikkan dengan sebaik mungkin agar ia tidak ber'karat', walaupun sang penyanyi sudah jarang aktif dalam dunia persembahan. Setiap penyanyi tidak boleh lari dari seni suaranya, walaupun telah bersara atau berehat panjang. Kadangkala sang penyanyi akan rasa 'gian' untuk menyanyi dan kalau dihambat ia tidak akan tenteram.

Jadi,bottomline is, jangan sekali-kali melafaz kata putus 'tidak akan nyanyi lagi' kerana kita tidak tahu bila tangan kita akan mencapai mikrofon semula.

Kekurangan yang ada pula harus diakui oleh sang penyanyi. Sang penyanyi harus akur akan itu.
Namun ia tidak harus menghambat aktiviti seni suaranya dan membuat ia patah semangat. Ambil kesempatan diatas kekuatannya dan tidak terlalu bersusah payah memikirkan kekurangannya. Perhalusi kekuatan yang ada dan perbaiki kekurangan ke tahap yang termampu.

Aku pernah cuba menyanyi Rock dan hip hop tapi aku akur ia tidak sesuai dengan suaraku. Memang tak sesuai langsung dan hanya membuatku seperti badut. Aku lebih cenderung ke arah jazz, balada, bossa, sedikit soul dan r&b. Kekuatanku mungkin lebih kepada jazz, bossa dan balada jadi aku sedang cuba memperhalusi gaya tersebut. Yang penting aku sudah mencuba.

Kekuatan yang wajib ada pada setiap penyanyi ialah pengusaan nyanyian livenya. I repeat, LIVE! Kalau tak boleh nyanyi live, kau patut rasa takut. Sampai bila nak gunakan trick rakaman dan sampai bila nak lipsinging.

Belum try belum tahu mah...

Practice makes perfect!

Yang Bernyanyi,
Rudy Djoharnaen

Monday, April 27, 2009

Friday, April 24, 2009

Antonio's Song - Michael Franks

Michael Franks mencipta lagu ini untuk Antonio Carlos Jobim, seniman bossa yang menjadi ispirasinya. Niceeee. Dengar tiupan saxaphone itu...

Demi Waktu - Rafika Duri (Romantic Bossas)



sm o o t h...

Wednesday, April 22, 2009

Bernyanyilah Lagi...

"Bernyanyilah lagi, dengan suaramu yang meluahkan nada dari alam yang jauh dari kami, dimana muzik dan cahaya rembulan adalah satu." (Penyair Romantis Percy Bysshe Shelley)

Bukan mudah bernyanyi dari kalbu. Suara anugerahNya itu adalah bakat yang perlu dijaga dengan rapi. Setiap luahan menerusi dendangan dari kalbu itu perlu dihargai nilainya oleh sang penyanyi itu sendiri sebelum ia dinilai oleh mereka yang mendengarnya. Nyanyian adalah wahana bagi luahan seni yang bisa memberi gambaran keindahan.

"Nyanyian pada saya adalah suatu luahan yang paling sempurna. Ia sungguh spontan. Dan selepas nyanyian, saya rasa biolalah. Oleh kerana saya tidak boleh menyanyi, saya melukis." Pelukis Georgia O Keefe.

Setiap penyanyi mempunyai keistimewaan masing-masing dan mempengaruhi antara satu dengan lain. Aku mengambil inspirasi nyanyianku dari gaya penyanyi jazz dan balada. Jiwaku terlekat dengan gaya muzik sedemikian. Aku tidak suka terpekik-pekik kerana ingin mencapai nota vokal tinggi. Aku lebih suka santai bila menyanyi agar aku dapat menghayati lagu tersebut. Padaku, tidak semestinya seorang penyanyi harus boleh mencapai nota tinggi untuk dianggap bagus. Ia tergantung pada gaya dan mood sesebuah lagu dan kecenderungan pada gaya penyanyi tersebut. Ella Fitzgerald dan Dionne Warwick, contohnya, cukup santai pabila menyanyi tapi mampu memukau para penonton.

Aku lebih gemar bernyanyi secara langsung, kerana aku anggap ianya peluang yang datang sekali. Lebih-lebih dengan iringan alat muzik yang dimainkan secara langsung. Sama ada nyanyian itu bagus atau tidak, nyanyian secara langsung atau 'live' tidak boleh diulang untuk diperbetulkan apa jua kesilapan. Itulah tantangannya. Berbeza dari rakaman yang boleh diulang rakam. Seorang penyanyi yang baik itu dinilai dengan kebolehannya menyanyi secara langsung.

Melodi yang keluar dari mulut seorang penyanyi harus diiring dan sejiwa dengan senikata dan melodi dari alat muzik. Senikata haruslah dinyanyikan dengan jelas agar pendengar boleh menghayati apa jua kisah dalam lagu yang diluahkan sang penyanyi. Sang penyanyi harus mendalami sesebuah lagu itu dengan menghayati senikata dan senilagunya terlebih dahulu. Harus bikin 'homework' sebelum membuat persembahan. Aku tidak menghargai seorang penyanyi yang sering lupa senikata dengan alasan lelah atau kesempitan waktu. Dimanakah profesionalisma itu? Maaf, Aku hanya menegur mereka yang bernyanyi dan juga diriku sendiri, kerana aku tidak dapat lari dari kesilapan.

Aku adalah penyanyi yang masih belajar. Begitulah hidup di dunia ini. Kita akan terus menjadi pelajar kehidupan. Tidak kira apa jua bidang yang kau ceburi, kau akan terus menjadi pelajar. Apa jua yang aku dendangkan, aku ingin buat yang terbaik. Walaupun ia tidak mendapat tepukan gemuruh, aku pasti ada diantara mereka yang menghargainya.

Walaupun kau dianggap penyanyi jalanan sekalipun, buatlah yang terbaik. Tak mengapa. Pasti ada yang menghargai.

Pasti ada diantara mereka yang akan berkata, "Nyanyilah lagi..."

(ini hanya pandangan. terpulang pada yang membacanya)

Yang Bernyanyi,

Rudy Djoharnaen

rasa-rasa.

Sejak akhir-akhir ni, ada rasa-rasa untuk cabut ke Malaysia untuk mengeksperimen market jazz di sana. sini terlalu kecil. rasa-rasa aje ler.

Monday, April 20, 2009

Seniwati / Biduanita Normadiah

Beliau lahir dengan nama Edith Sumampouw dalam keluarga Kristian yang berasal dari Menado, Sulawesi, Indonesia pada 1932. Orang tua kandungnya bernama Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè.

Pada usia 18 tahun, namanya bertukar menjadi Norma Abdullah apabila beliau memeluk agama Islam bersama bapa angkatnya pada usia 18 tahun. Bersama bapa angkatnya, beliau mula-mula melibatkan diri sebagai pelakon dalam rombongan bangsawan yang merantau ke Malaya. Pabila menjadi pelakon filem, beliau diberi nama Normadiah oleh A.R Tompel.

Syarikat perfileman yang mula-mula menawarkan kontrak lakonan kepadanya adalah Nusantara Film Company. Di Nusantara Film Company Normadiah berlakon dalam filem Seniati arahan A.R. Tompel, Pacar Putih arahan Naz Achnas dan Dian arahan Naz Achnas. Pada 1953, beliau menyertai Shaw Brothers dibawah produksi Malay Filem Productions (MFP) sebagai pelakon, penyanyi dan pereka tari sehinggalah penutupan studio tersebut pada 1967.

Di MFPlah namanya sebagai Seniwati filem mengharum dengan lakonannya yang sangat berkesan. Watak jahatnya sebagai Ibu tiri dalam 'Lela Manja' membuat penonton benci padanya, kerana keberkesanan lakonan tersebut. Bukan sahaja watak serius, malah watak komedi juga dibawanya dengan baik seperti filem 'Saudagar Minyak Urat', 'Siapa Besar', Aksi Kucing' dan lain-lain lagi.

Filem Si Tanggang


Setelah penutupan MFP, beliau ada berlakon dalam beberapa buah filem seperti Ibulah Shorga oleh Gafico Filem, 1968 dan Mat Karung Guni (1971) (arahan Mat Sentul) oleh Cathay Keris Film. Pada era 70an dan awal 80an, beliau sering digandingkan dengan Seniman Mahmud Jun (watak sebagai suami isteri orang kaya) dalam filem-filem seperti Badul, Panglima Badul, Si Luncai, Toyol dan lain-lain lagi.




Normadiah juga adalah seorang biduanita unggul yang merakam lagu-lagu malar segar seperti Penggodaan, Seri Dewi Malam (Sharifah Aini merakamkannya semula pada 1970), Sang Rajuna Hati dan juga lagu-lagu dari Pancha Sitara yang dianggotainya. Pancha Sitara diketuai oleh P.Ramlee pada awal 60an.

Beliau telah berkahwin tiga kali. Suaminya yang pertama adalah seorang berbangsa Cina dan hasil perkahwinan itu adalah Martinah Hatim Hassan. Perkahwinan kedua menghasilkan dua orang anak, Syed Ekzan dan Sharifah Hasnor. Sharifah Hasnor pernah bergandingan dengan Bat Latiff untuk filem Satu Titik Di Garisan (1971, Cathay Keris). Perkahwinan terakhir dengan Seniman/Biduan Almarhum Aziz Jaafar, mendapat dua orang anak, iaitu Azlina dan Liza yang mewarisi bakat keduanya dalam bidang nyanyian.

Lagu yang aku tidak dapat lupa adalah 'Bulan dan Juga Angin', duet beliau dengan P.Ramlee untuk filem 'Panggilan Pulau'. Menurut kakakku yang dahulunya seorang penari, Normadiah seorang yang sangat rendah diri dan menggelarkan dirinya 'Mak' ketika sama-sama membuat rakaman SBC Hari Raya Haji pada pertengahan 80an . Azlina juga peramah dan sopan ketika berbicara.

Keunggulan Seniwati dan Biduanita ini tidak ada tolok bandingnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 2000 pada usia 68 tahun akibat penyakit appendiks dan kencing manis. Semoga rohnya dicucuri Rahmat. Amin