Wednesday, October 29, 2008

Dealova

Untuk Ms Rosnah yang telah me'request'nya.

Sunday, October 26, 2008

Quando (Bila)

Untuk mereka yang sedang menanti jawapan.

QUANDO, QUANDO, QUANDO - Rudy Djoharnaen
1960an, Ciptaan Alberto Testa & Tony Renis

Saturday, October 25, 2008

nafsu


Tolong jangan goda aku
aku hampir gila keranamu
tidur hampir tak lena
semakin mencengkam rasa

tolooooooong...

Friday, October 24, 2008

hujan

malam yang dingin. setelah makan malam.



dalam hujan aku berjalan. sengaja aku tak berpayung walau dalam beg ada payung. aku ingin menikmati tetesan dan melodi air hujan yang menyegarkan. aku menoleh kanan dan kiri. aku juga mendongak ke atas, aku memandang suasana malam yang indah di kota Singa yang sibuk.


kemudian aku mengeluarkan kamera dan mula memetik. jaketku basah dan aku semakin kedinginan. tangga yang lecak membuat aku turun perlahan-lahan. aku memetik lagi.
suasana malam yang dipenuhi tetesan air hujan membuatku tersenyum sendiri. sudah lama aku tidak berhenti menikmati air hujan. apakah musim hujan akan datang lagi di akhir tahun ini? aku memetik lagi. suasana malam indah. seorang. sendiri. sepi.




sepi itu api. sepi itu rindu. usahlah kau biarkan, sepi itu membakar aku.

Thursday, October 23, 2008

Wednesday, October 22, 2008

rudy rushdi udy dy

namaku 'rudy'
arwah datukku memanggilku 'rushdi'
mummy memanggilku 'udy'
teman-temanku memanggil 'dy'

panggillah apa saja dari yang diatas
tapi rushdi aku suka...dah lama tak mendengarnya.

Tuesday, October 21, 2008

Ratu Filem Horror Indonesia Meninggal

Seniwati Suzzana meninggal dunia akibat diebetes.

Sunday, October 19, 2008

malam silver tortoise

lampu kelab berkerdipan
gerak dansa pemuda pemudi
dalam malam penuh gemilang
zaman muda cemerlang
terompet dan trombon
guitar dan piano
double bass dan bonggo
era silver tortoise yang mengharum
suara bergetar si norkiah hanum
menghibur hati pemuda pemudi
twist, cha cha, mambo, bossa, rumba
enjoy sana enjoy sini
bill itu bill ini
hingga pukul aaampat pagi!

Bugih Lamo

Lagu lama Minang yang tak lokang dek paneh, Untuk si Mungkal Deli...hehe. Ini lagu apa maksudnya? Senikata minang ini mungkin punya maksud bak pepatah dan tidak boleh diambil secara 'surface'. Al maklumlah, bahasa Minang agak tinggi kramanya.

(aku tahu bugih lamo tu alat muzik lamo)



oleh Biduanita Wirdaningsih dan Ratih Purnamasari.

Friday, October 17, 2008

Riwayat Petani - Ogy Ahmad Daud


Lagu feberetku. Dari LP keluaran WEA, 1982 'Bintang Harapan' - Fauziah (Ogy) Ahmad Daud. Almarhum Ahmad Daud selaku penerbit album ini. 'Riwayat Petani' adalah salah satu lagu bagi filem 'Ceritaku Ceritamu'. Menariknya, filem ini adalah arahan Almarhumah Ibundanya yakni Primadona Filem Melayu, Seniwati Sa'adiah.

Ogy lahir pada 10 Oktober 1962 di Singapura. Filem pertama lakonannya adalah 'Hati Batu' (Cathay Keris) arahan M.Amin pada 1973. Beliau sepupu kepada penyanyi Rahimah Rahim dan pelakon kanak-kanak Bat Latiff. Mewarisi bakat lakonan dari ibunya, Ogy telah membawa watak utama dalam filem tersebut disamping Ahmad Daud, Mazuin Hamzah, Ali Rahman dan ramai lagi. Filem ini jugalah telah menganugerahkannya Pelakon Hawapan Wanita di Festival filem Malaysia 1980. Ogy mewarisi bakatnya sebagai penghibur dari bapanya Ahmad Daud.

Riwayat Petani - Fauziah Ahmad Daud
Penyanyi latar- Ahmad Daud
Penyusun Muzik: Omar Nawab

Action eh!

biar kalah nasi asal jangan kalah aksi!
hutang belakang kira, act kita mau!

yelah tu, nanti kau kebulur baru tau...action kemana engkau kemana...



semoga aku dan kalian tidak seperti yang diatas

Thursday, October 16, 2008

Biduanita Anneke Gronloh

Ahad yang lepas. Sedang aku melayan tamu yang datang bertandang untuk beraya, sempat aku menonton beberapa segmen rancangan President's Star Charity 2008 di saluran 5. Very delighted to catch Anneke Gronloh performing again, selepas bertahun-tahun di Singapura. Kali terakhir beliau beraksi pada 1994 untuk konsert Rolling Good Times terbitan TCS (kini Mediacorp).

Biduanita jelita ini lahir pada 1944 di Menagassar, Sulawesi Utara pada 1944. Kemudian keluarganya berpindah ke Holland pada 1949. EP beliau yang pertama pada 1960 telah mendapat tempat di hati para penggemar seni hiburan di Indonesia, Brunei, Malaysia dan Singapura. Asmara, Nina Bobo, Buka Pintu adalah diantara lagu-lagu yang sangat popular ketika itu. Anneke menjadi idola dan sumber inspirasi kepada ramai penggemar.

Aku suka pada lagu 'Asmara' dan 'Buka Pintu'. Ismail Haron dan Anita Sarawak pernah merakam semula lagu ini pada tahun 70an dengan rentak yang berbeza.

Anneke mempunyai suara jazz yang bermutu. Karismanya ketika menyanyi live sukar dipertikaikan. A living legend indeed! Sehingga kini beliau masih merakam lagu. Salute to Anneke!

Asmara - Anneke Gronloh

Buka Pintu - Anneke Gronloh

Monday, October 13, 2008

aku iblis
dia dewa...

Saturday, October 11, 2008

Video Klasik



Old skool. Rancangan TV awal 80an. Kalau tak silap RTM dah. Menampilkan Rahimah Rahim dan Jamal Abdillah, Sanisah Huri dan Andre Goh, Rohana Jalil, Azlina Aziz.

Ini time semua tengah slim. Jamal tengah obit. Pandai Andre Goh menyanyi lagu melayu. Tapi si Kak Gerl tu memang menyerlah dari Azlina dan Rohana bila menyanyi lagu Kenari Biru tu. Azlina's cute. Hehe

Summertime

Friday, October 10, 2008

syurga dunia semua orang suka
syurga abadi banyak tak ambil peduli
neraka dunia semua orang tak suka
neraka di akhirat pun tak suka
tapi masih tidak mahu lihat, dengar dan faham
batu besar dalam masih ada duduk dalam kepala hotak
degil eh? eh? eh?

赤い運命 - 山口百恵 Akai Unmei

Ahah! Baru sahaja aku mendapat maklumat berguna oleh sahabatku Chie dari Tokyo.

赤い運命 - 山口百恵

Lagu asal dari Ku Ingin Bahagia oleh Rina Rahman (scroll ke post rina di bawah) adalah "Akai Unmei (Nasib Merah)" 1976. Ia dirakam oleh Momoe Yamaguchi(Lahir di Tokyo tahun 1959), Penggubah muziknya adalah Takashi Miki,dan senikata oleh Kazuya Senke. Hiroshi Takada bertindak selaku Penyusun Muzik Orchestra.

Momoe Yamaguchi adalah ikon legendaris zaman 70an, yang beraktif sebagai penyanyi dan pemain drama TV antara tahun 1973-1980. Waktu berumur 21 tahun
(1980) saat puncak sebagai idol, dia mundur dari dunia hiburan saat menikah dengan aktor Tomokazu Miura dan tidak sama sekali muncul ke media massa sejak itu.

Tentu saja, erti lirik original berbeza dengan versi Rina Rahman. Versi Momoe adalah soundtrack drama TV yang tajuknya sama, tentang nasib dua orang gadis yang secara accident terganti di antara dua ayah yang saling membenci, maka menggambarkan perasaan wanita muda yang mencari kebenaran.

Senikata bagian refrainnya: Di suatu tempat, ada saya yang seorang lagi.
Dia mencari anda yang seorang lagi. (Chie)

Ternyata muzik pop Melayu 70an banyak juga meminjam melodi pop Jepun.

Thanks a lot Chie! Pastinya ia akan menjadi arkipku bagi sejarah muzik yang berguna.

Tuesday, October 07, 2008

Tarikan Nafasku Yang Terakhir

Mummy's favorite song. Mummy memang sangat meminati penyanyi-penyanyi legendaris dari Indonesia. Tetty Kadi adalah salah seorang dari mereka. lagu ini memang terkenal di era 70an, apatah lagi dendangan dari Biduanita yang mempunyai suara yang lunak.

Sila dengarkan juga versi Sharifah Aini di tahun era yang sama. Susunan muzik oleh Kassim Masdor memberi sentuhan tersendiri pada versi ini.

Tarikan Nafasku Yang Terakhir - Tetty Kadi


TARIKAN NAFASKU YANG TERAKHIR - SHARIFAH AINI

Versi Sharifah Aini

Penantian


Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu
kepastian suatu penawar dalam suka dan duka
yang meniti hidupku...



Penantian - Harmoni


1980. Kumpulan Harmoni

Monday, October 06, 2008

Biarkan Bunga Berkembang


Lagu yang mudah diingati, simple tetapi sangat aku suka kerana kesyahduannya. Teringat aku akan watak gadis bernama Yanti yang dibawa oleh Emilia Contessa (I like!)

Biarkan Bunga Berkembang - A Riyanto




Dari OST 'Akhir Sebuah Impian', 1973


Biarkan bunga berkembang

di atas tangkainya

janganlah dipetik sayang

nantikan merana



bunga berkembang di dalam hati

tak mungkin lagi aku menghindari

kasih dan sayang telah bersemi

diriku seakan bermimpi



sengaja aku nyanyikan

lagu yang syahdu

selalu aku kenangkan

wajahmu yang ayu



A.Riyanto

Sunday, October 05, 2008

Ku Ingin Bahagia


Ku Ingin Bahagia - Rina Rahman

1978. Rina Rahman.
Senikata oleh Kamali Hudi

siapa si manis itu

siapakah itu yang sedang berlenggang
matanya menjeling manja
membuat hati terpesona

siapakah si manis ayu itu yang sedang berjalan
bagai bulan penuh, mengambang di kaki awan

Lagu Anak Rantau



2005. The Pentatonics

Friday, October 03, 2008

Haron AbdulMajid Dalam Kenangan

(Almarhum (kanan) bersama Broery Marantika, 1978)

Kepergianmu
bersama Ramadhan yang berlalu
bersama embun yang menghilang
di pagi Syawal yang syahdu
berita yang disebarkan
menggelegar seluruh dunia seni hiburan
takdir Illahi yang menentukan
perjalanan hidupmu telah sampai di akhir garisan

Kata-katamu yang penuh seni
diiringi melodi indah yang menambah seri
pada lagu-lagu yang menghibur hati
menusuk kalbu dan sanubari
malar segar sehingga kini

Duhai Penyajak
Duhai Penulis
Duhai Seniman
Segala jasa baktimu
akan tetap daku kenang dan sanjung tinggi
Ingin daku menulis namamu
diatas pasir putih dengan jari

Kematian hanyalah tidur panjang
maka mimpi indahlah dikau
Semoga rohmu diterangi Rahmat Illahi
bersama Cahaya Aidilfitri
Senikata lagu indah adalah dari beliau. Dan ada banyak senikata lagu-lagu di tahun 70an dan 80an yang dihasilkan penulis lagenda ini.


Menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi 1 Syawal.



aku ingin

aku ingin menjadi mimpi dalam tidurnya
aku ingin menjadi penglipur duka laranya
aku ingin menjadi penawar bagi sakitnya
aku ingin menjadi irama pada senikatanya
aku ingin menjadi dambaannya
aku ingin sekali...

Wednesday, October 01, 2008

Salam Aidilfitri / 1 Syawal 1429 Hijrah

Impian yang murni
tinggal menjadi kenang kenanganku
hanya rangkaian kata dengan lagu
dendang perantau..



Selamat Hari Raya.

Rudy Djoharnaen
2008