Dalam banyak-banyak penyanyi 70an, Junainah M. Amin yang paling comel dan babyface. Sehingga kini masih kelihatan babyface.
Beliau mula menyanyi sebagai bintang kanak-kanak pada awal 70an untuk Radio Televisyen Singapura (RTS). Kemudian penggubah terkenal ketika itu, Kassim Masdor membawanya ke syarikat rakaman EMI di Singapura untuk merakam album. Maka terkenallah Biduanita ini dengan lagu-lagu dari 2 LP dan 5 EP.
Beliau pernah berlakon dalam filem 'Keluarga Si Comat' arahan Seniman Aziz Sattar pada 1974 dan menyanyi beberapa buah lagu dalam filem tersebut.
Malam Ini
Kau Di Sayang, 1976 OST 'Hapuslah Airmatamu'
Sunday, August 31, 2008
Friday, August 29, 2008
Selamat Hari Guru!
1 September kami menyambut Hari Guru. Kepada guru-guru yang banyak bersabar dengan karenahku di sekolah, jasa kalian tetapku kenang.
Kepada members-members yang sedang jadi Guru atau akan jadi Guru seperti Lemau, Che Embon, SapZero, Enemy, Harman, Kemat, Rosli, Saroja, Maya Nurdin, Bung Kenit, Slamet Suparman, Intan Baiduri, Sherry dan lain lain, SELAMAT HARI GURU.
Bukan senang hendak jadi guru kerana guru adalah penyampai ilmu yang sangat berharga, tidak kira ilmu dunia atau akhirat. Terima kasih Cikgu! Thank you Teacher!
Selamat Pagi Cikgu-EddyNor Ali
Di sini
tempat aku menunggu kawan
kawan sama-sama sekolah
sama-sama belajar
sampai sekolah
kami riang selalu
berjumpa guru
Selamat pagi Cikgu
Sekolah
tempat aku menuntut ilmu
membaca menulis mengira
dengan panduan guru
Marilah kita kawan
usaha selalu
hormatlah guru
Selamat Pagi Cikgu...
1971
Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, August 27, 2008
Video Muzik All Star 70an
Lagu ciptaan Kassim Masdor 'Selamat Ulangtahun' oleh Hail Amir, A.Ramlie dan Sanisah Huri. Dalam klip ini juga menampilkan Uji Rashid, Azlina Aziz, Liza Aziz, Julie Dahlan, Maria Kamal dan lain-lain.
1979 OST FIlem Dendang Perantau
Versi LP oleh M.Ramlee, Sanisah Huri dan A.Ramlie
1979 OST FIlem Dendang Perantau
Versi LP oleh M.Ramlee, Sanisah Huri dan A.Ramlie
Monday, August 25, 2008
Saturday, August 23, 2008
Friday, August 22, 2008
Keroncong Alunan Biola
Keroncong adalah salah satu muzik kegemaranku. Aku berkongsi lagu ini untuk para penggemar muzik ini. Semoga terhibur.
2006. Hari Raya Dinner.
Rakaman Asal oleh (1960). P.Ramlee bagi Filem 'Antara Dua Darjat'
Rudy Djoharnaen
2006. Hari Raya Dinner.
Rakaman Asal oleh (1960). P.Ramlee bagi Filem 'Antara Dua Darjat'
Rudy Djoharnaen
Thursday, August 21, 2008
DI Pinggiran
Ini adalah salah satu lagu Biduan P.Ramlee yang 'underrated' tapi sangah indah susunan melodi dan senikatanya.
Di pinggiran
air terjun
bawah pohon rimbun
lagu dan pantun ku susun
Mengenangkan
peristiwa
yang meracun jiwa
kerna tuan hamba tak bersua
Andai kata ada
sayap seperti burung
ku terbang padamu
akan tapi hasratku tiada berdaya
kau hilang kemana
Di pinggiran
ku merintih hati
tambah pedih
bilakan pulih khayal kasih...
Di pinggiran
air terjun
bawah pohon rimbun
lagu dan pantun ku susun
Mengenangkan
peristiwa
yang meracun jiwa
kerna tuan hamba tak bersua
Andai kata ada
sayap seperti burung
ku terbang padamu
akan tapi hasratku tiada berdaya
kau hilang kemana
Di pinggiran
ku merintih hati
tambah pedih
bilakan pulih khayal kasih...
Tuesday, August 19, 2008
Langit Petang
Sedarlah bahawa langit itu tidak selalunya cerah. Suka duka berganti bagai hari berganti hari, siang beganti senja. Apa boleh buat...bersabarlah. Makasih Broer.
Mengapakah awan mendung
menghiasi langit petang
redup suram alam maya
tanpa sinar bahagia
kehampaan yang melanda
dititian kehidupan
resah duka berpanjangan
menantikan kedamaian
dimana sinaranmu
dimana keindahan
dimana pengharapan
hanya kecewa sering melanda
seandainya senja tiba
dalam suram langit petang
sepi malam kegelapan
tanpa sinar kebahagiaan
(1981)
Mengapakah awan mendung
menghiasi langit petang
redup suram alam maya
tanpa sinar bahagia
kehampaan yang melanda
dititian kehidupan
resah duka berpanjangan
menantikan kedamaian
dimana sinaranmu
dimana keindahan
dimana pengharapan
hanya kecewa sering melanda
seandainya senja tiba
dalam suram langit petang
sepi malam kegelapan
tanpa sinar kebahagiaan
(1981)
Saturday, August 16, 2008
REHEARSAL-THE ENCHANTING JOURNEY
Full Dress Rehearsal (well..almost).
Inilah busana diRAJA Medieval yang harus aku kenakan untuk Konsert 'The Enchanting Journey' bersama PA Youth Chinese Orchestra. Busana Kerajaan yang keEmasan. Nampak tidak Puteri yang sedang duduk di tangga itu? Itulah dia Puteri Erika yang akan aku sunting pada malam persembahan dengan lagu 'Beauty and the Beast' Dia Beauty, akulah Beastnya yang Gorgeous! ;).
Daulat pada Tuanku Putera Djoe! Prince Joe! Where's my Blink Blink? Haha.

Friday, August 15, 2008
Adubakat
Sejarah muzik Melayu menunjukkan bahawa Para Penyanyi atau Penghibur Melayu yang popular dan malar segar mengukir nama melalui Adubakat atau Talentime. Diantara mereka adalah seperti Sharifah Aini (Bintang RTS 1968), Sudirman (Bintang RTM 1977), Siti Bersaudara (Bakat TV 1972), Othman Hamzah (Talentime SBC) dan September 5 (Bintang RTM 1974).
Peserta diadili oleh para Juri yang hebat, bukan calang-calang orang dan punya kredibiliti yang tinggi. Contohnya, bagi video Adubakat 1972 ini, barisan para juri adalah Saiful Bahri(Pemimpin Orkestra dari Jakarta dan pemuzik lagenda), P.Ramlee (legend!), dan Zain Azman.
"Adubakat dulu bukan senang, dek. kita kena nyanyi dengan big orchestra. Juri semua orang-orang muzik. Tapi penyanyi dulu ada kualiti. Kalau memang dapat bikin rekod, terus popular." kata seorang Biduanita kepada ku sedikit masa dulu.

Thursday, August 14, 2008
Jangan
Sebuah lagu yang diminati oleh kakakku. Satunya tentang Sharifah Aini, aku tak menafikan kemerduan suaranya. Bahkan aku tabik padanya di atas bakatnya itu. Cuma aku tidak mengerti konsep videoklip old skool ini. hmm...that guy...err...i dun understand...:)
(what's with the cold storage curtain?)
(what's with the cold storage curtain?)
Wednesday, August 13, 2008
Di Wajahmu Ku Lihat Bulan
Mungkal Deli, sekarang aku tahu bahawa asalnya lagu ini adalah dari Mochtar Embut. Veri Sam Saimun memang indah melodinya, apa lagi suaranya yang merdu. Thanks bro. Hehe, insyaAllah, akan aku coba memberi sentuhanku satu hari nanti.
Tuesday, August 12, 2008
Di Wajahmu Ku Lihat Bulan
Versi Sharifah Aini pada awal 80an ini memang baik sekali, apa lagi dengan sentuhan piano oleh Royston Santa Maria, seorang penyanyi 80an yang popular dengan duetnya bersama Francesca Peter. Sebuah lagu yang sangat aku gemari, asalnya oleh Biduan Sam Saimun dari Indonesia yang dirakam pada tahun 50an.
Monday, August 11, 2008
Friday, August 08, 2008
Selamat Hari Kebangsaan!
Scarborough Fair
April, 2007. Untuk pertama kali aku cuba menyanyikan lagu seperti ini. Malam itu aku menggantikan seorang penyanyi professional broadway/musical atas sebab-sebab tertentu. Tentunya persembahan ini punya kekurangannya. Satu pengalaman yang positif. Kini aku harus membawa jenis lagu seperti ini untuk Konsert 17 Ogos. Try! Try! Haha.
Sunny - Dusty Springfield
Wednesday, August 06, 2008
A Girl Called Dusty - Biduanita Dusty Springfield
Mary Isabel Catherine Bernadette O'Brien lebih dikenali sebagai Dusty Springfield lahir pada 16 April 1939. Beliau adalah penyanyi Inggeris keturunan Irish. Era 'British Invasion' yang melanda industri muzik 60an di Amerika, telah memberi laluan untuk beliau menempah nama sebagai penyanyi yang unggul. Lagu-lagu 'singles' beliau adalah diantara tertinggi di carta Billboard Hot 100 dari 1963 sehingga 1970.
Gaya vokalnya sangat dipengaruhi muzik Soul dari Amerika dan dengan pengaruh itu beliau telah memberi intepretasi dan perubahan vokalnya yang dikenal sebagai 'blue eyed soul sound'. Keunikan suaranya dikagumi oleh ramai penggemar muzik, terutama sekali penggubah lagu lagenda, Burt Bacharach, yang pernah mengatakan; "Tiga nota...dan anda tahu itu adalah Dusty."
A Girl called Dusty... adalah singlenya yang pertama pada 1963. Diantara lagu-lagunya yang terkenal dan digemari adalah 'Look of Love', 'You Don't Have to Say You Love Me', 'Windmills of Your Mind', 'The Son Of A Preacher Man' dan 'Wishin' and Hopin''.
Biduanita yang istimewa ini meninggal dunia pada 1999 kerana kanser payudara. Ramai penyanyi lagenda wanita Inggeris yang aku gemar, tetapi aku belum pernah mendengar suara penyanyi yang begitu sensual, romantis, halus seperti Dusty Springfield.
Album 'Dusty In Memphis' sangat aku gemari.
Dibawah adalah diantara dendanganya yang aku suka.
Look of Love (1967)
Ini my all time favourite- Windmills of Your Mind (1969)
Spooky (1970)

Tuesday, August 05, 2008
Rudy Djoharnaen bersama PA Youth Chinese Orchestra
by PA Youth Chinese Orchestra
Sunday 17 August 2008, 5.00pm
Singapore Conference Hall
Bedtime always means dreamtime for little Julie, but Marita the maid has a hard time getting her to fall asleep. And tonight, it’s going to take more than just a story to send her to dreamland - it’s going to take ALL the greatest stories!
The PA Youth Chinese Orchestra invites you on a fantastic journey through an enchanting dreamland, celebrating the songs and music of everyone's favorite cartoons and movies! Hear the songs that we all grew up with; re-interpreted by this talented young orchestra featuring wonderful Malay vocalist, Rudy Djoharnaen. You will be presented with lots of audience interaction! Come join Julie on her dream journey, and find out what Marita dreams about too! (Presented in English)
Grab your tickets now at $15 each (Free Seating)
PAssion Card members enjoy 20% discount (Maximum 4 tickets per card) To book tickets, head down to People’s Association Headquarters at 9 Stadium Link Singapore 397750, email Delphine_Lee@pa.gov.sg or call 6340 5463 / 6340 5387 / 6340 5392
Through the universal language of music and dance, the People’s Association promotes greater understanding and appreciation of our multi-cultural community.
Jumpa anda disana!
Friday, August 01, 2008
Seksafon (Jeritan Batinku)
"Bain sudah brapa lama main seksafon?"
"Sudah..err 2 tahun, bang."
"Boleh mintak seksafonnya.."
"Bain boleh bermain, tapi perlu banyak latihan..."
"Abang Osman pun sudah lama tak main seksafon, entah boleh entah tidak, belum tahu lagi."
"Kak Combi, Kak combi..."
"Macam Kassim Selamat, ya..."
"Ya."
Dari Filem 'Ibu Mertuaku' (1960). Dalam babak ini menampilkan Ali Fiji (Bain Budak Sebelah Rumah), Zainon (Mami), Abang Din (Ahmad Nesfu), Kassim Selamat a.k.a Osman Jailani (P.Ramlee) dan Combi (Zaiton)

Subscribe to:
Posts (Atom)