Friday, April 25, 2008

Tanjung Puteri



'Rehearsal'
Piano Show: Living With Hairul Syafrein.

Rudy Djoharnaen
Singapore

Friday, April 18, 2008

Piano Show: HAIRUL SYAFREIN feat. Rudy Djoharnaen

Hairul Syafrein mula bermain Electone seawal usia 5 tahun. Beliau menggemari instrumen tersebut dan juga mendalami beberapa alat muzik seperti Piano dan Akordion. Selama menceburkan diri dalam dunia muzik, Hairul telah mencuba beberapa 'genre' seperti pop, jazz dan irama Melayu tradisional. Beliau menggangotai Orkestra Melayu Singapura dan juga kumpulan tradisional Melayu, Delima.



Nikmati keindahan ekspressi Hairul Syafrien melalui persembahan piano solonya yang pertama; 'LIVING WITH HAIRUL SYAFRIEN'.

Hairul akan mempersembahkan muzik Pop, Jazz, Balada dan Irama Melayu Tradisional. Beliau juga menampilkan penyanyi bersuara lunak, Rudy Djoharnaen yang akan mendendangkan lagu-lagu malar segar seperti 'You're My Everything' (Santa Esmeralda) dan 'Ibu' (P.Ramlee).

LIVING WITH HAIRUL SYAFREIN

Isnin, 05 Mei 2008
8 malam
The Living Room
The Arts House, 1 Old Parliament Lane
Singapura


Tiket-tiket berharga $10 dan $21 boleh didapatkan menerusi lelaman berikut (klik pada link):



Jumpa anda disana!



Wednesday, April 16, 2008

Itulah Sayang...



P.Ramlee & Normadiah
OST Filem 'Anakku Sazali', 1956

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Jikalau tidak kerana sayang
Kuntuman kasih tak mungkin kembang
Andainya jemu mengganti rindu
Jambangan mesra tentulah layu

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
















Dalam Kenangan. Al fateha.


Rudy Djoharnaen


Singapura


Sunday, April 13, 2008

Terima Kasih Semua!

Orkestra Melayu Singapura (OMS) telah berjaya mempersembahkan Konsert Gemersik Irama (Rhythm Fusion)yang berlangsung pada 13 April 2008 di Taman Botanik Singapura. Aku sangat berterimakasih dengan pihak OMS kerana masih sudi mengundangku untuk berlagu dengan iringan para pemuzik muda yang berbakat dan bermutu tinggi. Para penonton pastinya terhibur dengan rangkain muzik yang bercorak tradisional dan fusion oleh OMS yang diketuai oleh Konduktor Jais Minsawi.

Aku telah berduet dengan Nurun Nuwwarah yang bersuara merdu untuk lagu 'Itulah Sayang'. Lagu tersebut adalah asal duet P.Ramlee dan Normadiah yang indah melodinya. Lagu itu telah diberi sentuhan segar dengan ilham Ismalia and Gang (Isa, Hayatz, Sham, Khairul, Ismahairi, Zul). You guys were great!

Juara Anugerah, Hyrul Anuar juga hebat dalam persembahannya. Beliau telah menyanyikan lagu 'Puteri Ramaja' (lagu asal oleh Jasni di tahun 50an) dengan sentuhan cha cha oleh OMS.

Terima Kasih kepada OMS (terutama sekali Brudder Ibrahim), PA, members-members dan keluarga yang hadir memberi sokongan dan para penonton yang masih menghargai suaraku. Thanks all!

Untuk melihat foto-foto konsert, sila mainkan video youtube di sebelah kanan teratas blog ini.

Rudy Djoharnaen
Singapura

Wednesday, April 02, 2008

Rudy Djoharnaen bersama Orkestra Melayu Singapura



Acara : Concert: GEMERSIK IRAMA (RHYTHM FUSION) By Orkestra Melayu Singapura
Tanggal : 13 Apr 2008
Masa : 3.30pm - 6.30pm
Tempat : Shaw Foundation Symphony Stage

Visitor Services (6471 7361)

Keindahan melodi muzik Melayu telah meresap ke hati para pendengar dan pencinta muzik dari awal kemunculannya. Di Pentas Simfoni Yayasan Shaw
yang bertempat di Taman Botanik Singapura, anda akan dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu Melayu klasik era 50an hingga ke 80an oleh Orkestra Melayu Singapura.

Konsert ini juga menampilkan para penyanyi melayu terbaik seperti penyanyi jazz dan bossanova Rudy Djoharnaen, juara Anugerah Hyrul Anuar dan Nurun Nuwwarah diiringi para penari dari PA.

Dengan Gemersik Irama di Taman Botanik ini, keindahan muzik Orkestra Melayu Singapura akan dapat dinikmati oleh semua lapisan Masyarakat Singapura.

Tiada bayaran dikenakan.

Jumpa anda di sana.


Pentas Simfoni Yayasan Shaw