Friday, February 29, 2008

Sam Saimun


Selain Titiek Puspa, lagu-lagu dendangan Biduan Sam Saimun juga menjadi santapan jiwaku yang bisa meringankan fikiran yang berat dan lelah. Syairnya juga indah tertulis.


Aku menyukai rangkap pada senikata lagu ini:
Hamba mencari ilham
ditepian gambarmu
lagu indah bersulam
kan ku jalin bagimu...
Rudy Djoharnaen

Thursday, February 28, 2008

"sungguhpun aku nampak subur dan makmur,
namun hati hancur lebur..."

Djuwita, Langit Biru. 1959
Adde parvum parvo, manus acervus erit
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

(Terjemahan peribahasa latin)

Wednesday, February 27, 2008

Indah








suasana yang indah
dari tempat yang indah
seribu keindahan alam Tuhan
memberi ketenangan
pada jiwa yang mendambakan
ketenangan
betapa akbarmu Sang Maha Pencipta
dan keagunganMu di seluruh alam maya...


Alhamdulillah.

Rudy Djoharnaen
Singapura



Tuesday, February 26, 2008

Dahil Saiyo-Pilita Corrales




Sa buhay ko'y labis
Ang hirap at pasakit, ng pusong umiibig
Mandin wala ng langit
At ng lumigaya, hinango mo sa dusa
Tanging ikaw sinta, ang aking pag-asa.

Dahil sa iyo, nais kong mabuhay
Dahil sa iyo, hanggang mamatay
Dapat mong tantuin, wala ng ibang giliw
Puso ko'y tanungin, ikaw at ikaw rin

Dahil sa iyo, ako'y lumigaya
Pagmamahal, ay alayan ka
Kung tunay man ako, ay alipinin mo
Ang lahat ng ito, dahil sa iyo

Kerana kau kuserahkan jiwa,
Kerana kau biar tak apa,
Kerana aku tahu, nanti di satu waktu,
Engkau akan tau, cinta suciku,

Kerana kau impian hatiku,
Kerana kau ratapan sukmaku,
Oleh kerana itu dengarlah laguku,
Laguku untukmu, kerana kau.
Apakah aku akan mendapatkan yang secantik ini? Hehe...

"hey friend..kapan dong mau ada girlfriend?...hehe"

"sanubariku...masih belum ada wanita yang mau masuk...kalbuku...belum ada kasihnya yang ingin menyentuh..."

"hehehe...well...satu hari nanti Tuhan itu pasti akan menghantar seseorang untuk kamu, Rud"

"Insyaallah...satu hari nanti."

Saturday, February 23, 2008

Bunga Flamboyan



Dendangan asal oleh TRIO BIMBO di awal 70an.

Senja itu
Flamboyan berguguran
Seorang dara memandang
Terpukau …

Satu-satu
Daunnya berjatuhan
Berserakan di pangkuan bumi

Bunga flamboyan itu diraihnya
Wajahnya terlihat sayu
Flamboyan berguguran
Berjatuhan, berserakan

Sejak itu sang dara berharapkan
Esok lusa kan bersemi kembali

Keroncong Pahlawanku

Selembut irama semerdu suara, begitulah Almarhumah Salmah Ismail atau Saloma. Rakaman 1981 ini adalah produksi Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC). Rancangan Irama dan Lagu ini sudah terlalu lama tidak disiarkan. Kelihatan Almarhumah kurang sihat ketika manyanyikan lagu ini, yang diiringi oleh Orkestra SBC.

Al Fateha untuk Almarhumah.



Rudy Djoharnaen

Thursday, February 21, 2008

Keep on Riding Bro!

Kepada rakanku Harman,

Semoga lekas sembuh, lebih-lebih ladi setelah operasi, insyaAllah.

Walau apapun, keep on riding bro!

Tuesday, February 19, 2008

Melati Dari Jayagiri

Untuk mereka yang menggemari interpretasiku pada lagu 'Melati Dari Jayagiri'. Lagu puitis karangan Iwan Abdurachman ini dirakam pada awal 70an oleh Trio Bimbo. Bimbo juga terkenal dengan 'Balada Seorang Biduan' dan 'Tuhan'. Keindahan senikata dan melodi terserlah dalam lagu ini.

Kini aku rangkaikan semula rakaman ini untuk dinikmati sekali lagi. Aku rasa versi mp3 ini lebih bermutu suaranya dari youtube. Terima kasih Cikgu Zarina kerana memperkenalkan aku pada karya ini suatu ketika dulu.



Ada juga beberapa pembaca yang meminta beberapa rakaman yang lain agar dapat diposkan disini. InsyaAllah, akan aku cuba laksanakan.

Sunday, February 17, 2008

Berpijak Di Bumi Nyata

(Karya Rudy Djoharnaen 'Sandtiles' Saiz bervariasi, Verisimilitude 2001)
aku berpijak di bumi nyata
kenyataan akan perjalanan hidup
yang kadangkala licin
kadangkala bersimen
kadangkala berdebu
kadangkala berpasir
kadangkala luka kerana terpijak kaca
dan batu-batu kasar
kadangkala terbakar telapak kaki
dek pasir panas dibawah terik matahari
kadangkala lurus
kadangkala berismpang-siur
kadangkala berbukit-bukau
kadangkala luas
kadangkala sempit
kadangkala seluas padang rumput
kadangkala seluas padang pasir
kadangkala lecak
kadangkala kering
oleh
Rudy Djoharnaen
Singapura

Friday, February 15, 2008

Kau Pergi Tanpa Pesan...

SOPHIAKU HILAAAAAAAAAANG!!!!!
Nikmat bersamamu hanya beberapa hari saja....
Mujurlah Juwitaku masih ada....

Sophia...kau pergi tanpa pesan...dimana kau kini...aku tiada berdaya lagiii Aduh! Aduh duh duh duh duh duh duuuh....



Tuhan dah ambil balik rezeki yang ini...Nikmatnya hanya sementara...beberapa hari je...


Rudy Djoharnaen

Wednesday, February 13, 2008

Juwita dan Sophia

jasamu oh juwita
akan tetap ku kenang
kau meresap ke sanubariku
kau mengikat erat hubunganku dengan dunia
namun kau akan terus bersemadi
patah tumbuh hilang berganti
menjelmalah sophia dalam hidupku
untuk meneruskan perjuanganmu oh juwita
selamat jalan juwita...
selamat datang sophia...
ku kucup mesra keduanya
sebagai tanda yang lama ku kenang
yang kini ku sanjung...
Rudy Djoharnaen
Singapura

Tuesday, February 12, 2008

Aduh! Romo Ono Maling...

Romo ono maling

Tulungono anakmu lagi kelangan

Romo ono maling

Rino wengi kelap kelip ra karuan

Romo ono maling

Yen aku edan opo Romo ra kelangan?


Nyekel maling mestine yo digebugi

Tobat Romo luwih becik aku mati

Thole, malinge opo nggegirisi?

Tobat Romo, malinge niku edi peni


Sing digowo opo?

Niki sing ten njero niki

Ing njero ngendi?

Niki sing gemandul niki..

Niki lo ten njero dada

Ati kulo sing digowo lunga?


Ngono yo ngono

Ngona ngono ning ojo ngono...

Saturday, February 09, 2008

Keroncong

Keroncong adalah sejenis muzik Indonesia yang memiliki hubungan historis dengan sejenis muzik Portugis yang dikenali sebagai fado. Sejarah keroncong di Indonesia dapat dikesan hingga akhir abad ke-16, di saat kekuatan Portugis mulai melemah di Nusantara.

Keroncong berawal dari muzik yang dimainkan para budak dan opsir Portugis dari daratan India (Goa) serta Maluku. Bentuk awal musik ini disebut moresco, yang diiringi oleh alat muzik dawai. Dalam perkembangannya, masuk sejumlah unsur tradisional Nusantara, seperti penggunaan seruling serta beberapa komponen gamelan. Pada sekitar abad ke-19 bentuk musik campuran ini sudah terkenal di banyak tempat di Nusantara, bahkan hingga ke Semenanjung Malaya.

Masa keemasan ini berlanjut hingga sekitar tahun 1960-an, dan kemudian meredup akibat masuknya gelombang muzik pop. Meskipun demikian, keroncong masih tetap dimainkan dan dinikmati oleh berbagai lapisan masyarakat di Indonesia dan Malaysia hingga sekarang.

Keroncong mempunyai tiga jenis; keroncong asli, langgam dan stambul.



Rudy Djoharnaen
Singapura

Saturday, February 02, 2008

Biduanita Titiek Puspa


'Esok Malam Kan Ku Jelang', sebuah lagu gubahan Surni Wakirman pada 1960 ini diantara malar segar Indonesia yang akan aku mainkan di pemain mp3 demi menghilangkan lelah setelah sehari bekerja. Aku tidak pernah jemu dengan dendangan klasik Biduanita ibu Titiek Puspa ini.

Titiek Puspa dilahirkan di Kalimantan Selatan pada 1937. Beliau bernama Soemarti pada waktu kecilnya dan sewaktu itu memang gemar bernyanyi. Pada 1954, beliau memasuki pertandingan nyanyian menggunakan nama 'Titiek Puspa' dan dinobatkan sebagai juara tersebut. Seniman muzik Sjaiful Bachri yang mengetuai Orkestra Simfoni Jakarta pada waktu itu, kemudian memintanya menyanyikan lagu 'Chandra Buana', sebuah lagu karya Seniman Ismail Marzuki. Sejak itu bermulalah kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan penggubah yang sejujurnya menyintai seni suara dan lagu. Dengan bimbingan suaminya yang dicintai, pemuzik lagenda Mus Mualim, lagu-lagu beliau menembusi pasaran muzik Singapura dan Malaysia. Diantara lagu-lagu gubahan beliau ialah 'Marilah Kemari', 'Satu Dia', 'Cinta', 'Kupu-Kupu Malam' dan yang paling melekat di dalam hati para peminatnya adalah 'Bing', sebuah lagu untuk Almarhum Biduan Bing Slamet yang tercipta apabila Bing meninggal dunia. Lagu tersebut dirakamkan oleh Grace Simon.

Sehingga kini, beliau yang sudah berusia 70tahun masih lagi bertenaga untuk menabur jasa kepada persada seni muzik Indonesia dan sudah berstatus lagenda. Sekumpulan artis Indonesia telah melahirkan album 'From us to You' sebagai memberi penghormatan kepadanya.







Kau kujelang, pasti kujelang
esok malam di cahaya bintang
Akan ku bawa bingkisan asmara
tumpuan hati berdua
Dendam rindu, kasih di kalbu
kucurahkan dalam ini lagu
Kan kudendangkan bagi dikau sayang
di esok malam cemerlang

Usah cemas gelisah
tak ke mana beta pergi
tiada nanti kudusta
kau jua pautan hati
Esok malam aku kan datang
di tempat kita memadu cinta
di angin lalu, kusampaikan pesan
esok malam kau ku kujelang




Marilah Kemari- Tribute to Titiek Puspa
Rudy Djoharnaen
Singapura

Widuri


Lagu ini menjadi siulan pakcikku sewaktu zaman muda, zaman kegemilangan 70annya. Ramai penyanyi telah merakamkan lagu ini tetapi versi asli oleh Biduan Bob Tutupoly aku rasakan paling 'power'. Lagu yang dirakamkannya pada tahun 1977 ini telah menjadi masterpiece dan trademark bagi Bob. Sehingga kini suara beliau masih mantap dan tidak ubah seperti dulu. Lagu romantis ini memang sangat popular di zaman itu. Dunia seni suara Indonesia banyak melahirkan para penyanyi yang hebat dan malar segar sehingga kini.






Rudy Djoharnaen

Friday, February 01, 2008

Langit Petang

'Langit Petang', sebuah novel Sasterawan Melayu A.Samad Said yang diadaptasikan dalam filem arahan Shahrom Mohd Dom pada 1982. Filem yang menggunakan tajuk novel tersebut dijayakan oleh barisan pelakon handalan seperti Seniman Almarhum Mahmud Jun, Azean Irdawaty, Dharma Harun, Sidek Hussein dan Shasha.

Filem ini mengisahkan tentang Pak Arif (Mahmud Jun) yang cintakan harta pusaka dan tidak sanggup menggadai tanah bendang yang dimilikinya kepada pemaju perumahan, Hashim (Sidek Hussein). Pak Arif sering diganggu oleh orang suruhan Hashim dan tanah bendangnya sering dirosakkan. Seorang penulis muda, Hafiz (Dharma), telah menulis tentang kisah Pak Arif yang cuba menyelamatkan harta pusakanya. Dia juga cuba menyelamatkan temanitanya, Ruby (Azean) dari sejarah hitam dan trauma kehidupannya.

Lagu filemnya juga menggunakan tajuk yang sama. Gubahan seniman muzik lagenda Ahmad Nawab, ia mempunyai dua versi. Bagi versi filem dirakam oleh Azlina Aziz dan versi rakaman LP dijayakan oleh mendiang Broery Marantika atau juga dikenali sebagai Broery Pesolima. Industri muzik Indonesia tentunya berbangga dengan perjuangan Biduan ini dalam arena seni suara. Di akhir-akhir tahun 70an dan awal 80an, beliau berkhidmat kepada industri muzik Melayu, yang pada waktu itu berpusat di Singapura. Suara beliau yang begitu merdu menjadi inspirasiku.


Fatwa Pujangga

Fatwa Pujangga adalah lagu tradisional Melayu yang mempunyai sentuhan seni yang mendalam. Alunan muzik yang mendayu dikemaskan lagi dengan senikata cinta kasih yang indah maknanya. Lagu ini aslinya didendangkan oleh Biduan hebat Indonesia, Almarhum S.Effendi. Kemudian pada 1975, Biduanita Sharifah Aini merakamkan versinya, yang disambut baik oleh para peminatnya. Versi orkestra ini cukup aku gemari, disamping versi asal S.Effendi yang lebih minimal dan mendayu-dayu.


Sharifah Aini tidak dinafikan seorang penyanyi yang berbakat besar dan bermutu tinggi. Sebutan senikatanya jelas dan beliau pandai memberi improvasi atau 'adlibing' dalam setiap rakamannya. Beliau memang sesuai menyanyikan lagu-lagu tradisional Melayu. Fatwa Pujangga adalah lagu yang sangat aku gemari. Tidak ramai penyanyi boleh mengangkat keindahannya. Dan versi Biduanita ini diantara yang mampu memberi keindahan tersebut.
This is Sharifah Aini at her best vocal expression!


















Rudy Djoharnaen
Singapura