Tuesday, January 23, 2007
Sahibul...Sahabat
apalah guna bernama sahabat
jika ada dengki khianat
di luar indah di dalam keji
menikam belakang...bakal terjadi
apalah guna dikata sahabat
kalau hanya di waktu senang
bila susah melanda diri
sahabat menjauh mengasing diri
apa itu sahabat sejati
bak isi dengan kuku
sering mendampingi
sahabat bersama di masa suka
takkan lari di masa duka
kalau diri kemurungan
sahabat datang memberi senyuman
kalau ada perselisihan faham
memberi maaf tiada berdendam
kalau diri jauh menyimpang
sahabat datang membawa pulang
kalau diri dalam kesesatan
sahabat menolong tunjukkan jalan
selagi hayat dikandung badan
selagi jantung berdegupan
sama-sama maju sama-sama mundur
kasih sahabat takkan terkubur...
Rudy Djoharnaen
Semoga aku menjadi sahabat yang sejati, bak Nabi dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan juga Ali.
Monday, January 22, 2007
Saturday, January 20, 2007
Sang Musafir
Friday, January 19, 2007
Kenangan... (Tribute Buat M.Bakri)
engkau nan ku kenang dalam cinta
mengalir berlinang airmata
gelisah jiwa menahan harapan
nan berpisah jauh diseberang lautan
biarlahku simpan rindu dendam
semoga kenangan tak jadi impian
kepada restu aku bersemadi
kenangan menjelma bingkisan rindu
Wednesday, January 17, 2007
Balada Seorang Biduan
oleh SAM Bimbo
(dendangan mendiang Broery Marantika)
dari sebuah desa
berbekal gitar tua
datang di ibu kota
dengan penuh harapan
jadi seorang biduan
oh biduan pujaan
pujaan tua muda
kau ditaburi cahaya
dan sinar kekaguman
dan riuhnya tepukan
meskipun kau tersenyum
namun orang pun tahu
apa isi hatimu
tatkala kau lagukan
lagumu lagu sendu
perjalanan hidupmu
ditinggal kekasihmu...
Monday, January 15, 2007
Kalau Cermin Boleh Berkata-Kata
Kalau cermin itu boleh berkata-kata
Apakah yang akan dikatakannya
Mungkinkah sedemikian kata-katanya
“Nah! Lihatlah aku, aku adalah kamu untuk saat ini.
Aku kini engkau tetapi engkau bukan aku.
Nah! Lihatlah dirimu baik-baik…siapakah engkau sebenarnya,
dan bagaimanakah rupa hati nuranimu
Aku adalah engkau untuk saat kau melihat aku
Tetapi kau bukanlah aku…”
Rudy Djoharnaen
Singapura
12:20pagi
Wednesday, January 10, 2007
Ikutku Menyanyi
Dendangan Biduanita Junainah M Amin. (Sungguh comel dan ayu..hehehe)
Klik sini untuk mendengar. (Perlu ada perisian real player)
Na na na na na na na...
Inginku nyanyikan lagu
tahu apa maksudku
bukan payah menyanyi
rasa senang menyanyi
Sebut senikatanya
nyanyi ikut irama
tunggu sedikit masa
ku ajar kau menyanyi
dan kita dapat berkenalan
seperti adegan lama
seperti ayah dan ibu
lelaki dan wanita
kita boleh nyanyi bersama
melodi hingga akhirnya
tak semesti sepanjang masa
jika perlu ulangi
mungkin tidak berarti
indah irama merdu
laguku ingin nyanyi
enak nyanyi samamu
na na na na na na na ...
Klik sini untuk mendengar. (Perlu ada perisian real player)
Na na na na na na na...
Inginku nyanyikan lagu
tahu apa maksudku
bukan payah menyanyi
rasa senang menyanyi
Sebut senikatanya
nyanyi ikut irama
tunggu sedikit masa
ku ajar kau menyanyi
dan kita dapat berkenalan
seperti adegan lama
seperti ayah dan ibu
lelaki dan wanita
kita boleh nyanyi bersama
melodi hingga akhirnya
tak semesti sepanjang masa
jika perlu ulangi
mungkin tidak berarti
indah irama merdu
laguku ingin nyanyi
enak nyanyi samamu
na na na na na na na ...
Sunday, January 07, 2007
Sekolah 1987 (Koleksi Kenangan 20 tahun lalu...)
Inilah aku
Di masa lalu
darjah satu, 1987
di bangku sekolah rendah
Permaisura
itulah nama sekolah
hari pertama sekolah
pakaian seragam
putih bersih
beg yang ungu
pensel biru
buku baru
seluar kelabu
rambut disikat rapi
dibelah tepi
ghairah di hati
Pesan emak padaku
"Jangan nakal-nakal,
Jangan cari pasal,
Nanti cikgu pukul baru tahu."
Emak menghantarku
ke sekolah baru
kelas baru
rakan-rakan baru
Cikgu garang yang baru
Selamat Pagi Cikgu!
Rudy Djoharnaen
Tuesday, January 02, 2007
Arti Kehidupan
Salah satu bab-bab kehidupan yang mungkin dianggap ringan dan diambil sambil lewa. Perkongsian hidup itu sesuatu yang istimewa kerana kasih yang Tuhan anugerahkan untuk hamba-hambaNya yang bernama manusia.
(Video ini dipetik dari PPIS Jurong FC.)
ku menempuh sedalam lautan
ku mencari arti kehidupan
perjalanan yang penuh likunya
kini telah tiba
disisimu selamanya
engkau bukan yang pertama
tapi pasti yang terakhir
dicintamu ku temui arti hidupku
kau menjelma seperti khayalan
kau impian dalam kenyataan
perjalanan yang penuh likunya
kini telah tiba
disisimu selamanya...
(Video ini dipetik dari PPIS Jurong FC.)
ku menempuh sedalam lautan
ku mencari arti kehidupan
perjalanan yang penuh likunya
kini telah tiba
disisimu selamanya
engkau bukan yang pertama
tapi pasti yang terakhir
dicintamu ku temui arti hidupku
kau menjelma seperti khayalan
kau impian dalam kenyataan
perjalanan yang penuh likunya
kini telah tiba
disisimu selamanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)