Thursday, December 21, 2006

Sayang Di Sayang...

Ciptaan Almarhum Seniman ZUBIR SAID

Dendangan Biduanita Kartina Dahari


Click sini untuk mendengar (harus ada perisian realplayer untuk mac/pc)

Angin Menderu
dahan Jatuh menimpa batu
kuburan

Murai terkejut berkicau-kicauan
langit mendung diliputi awan
alamat bumi disirami hujan

sayang di sayang...

Hatiku rindu
orang jauh tak luput dari
kenangan

Fikiran kusut berisau-risuan
Sakit untung ditinggalkan puan
ibarat kapal tidak berhaluan

sayang di sayang...

Sunday, December 10, 2006

Sangkar Untuk Bebas...

Dari pameran 'reACTION' anjuran ANGKATAN PELUKIS ANEKA DAYA...
(sila ke www.apad.org.sg untuk maklumat lanjut)



Aku dan karya sangkarku.


Para sahabat: Al, Aku, Cikgu, dan Seniman Erzan


Mana burungnya?



Bak beribu-ribu unggas

yang terbang merentasi

lautan bergelora,

gunung-ganang,

sungai-sungai

dan juram-juram

demi kebebasan...

begitulah kita,

yang berhijrah setiap hari

untuk bebas...

kita mungkin ingin tahu

bagaimana melakukan itu?

Tanyalah sama itu Hud Hud.


Rudy Djoharnaen.
"Kenalilah sangkarmu baik-baik. Kemudian kenalilah Pembuatnya baik-baik. Setelah itu kamu akan kenal akan kebebasan..."