Wednesday, July 19, 2006

Ini kisah mungkin terjadi

Kisah masyarakat dulu dan kini

Kisah sepasang suami isteri

Bak merpati dua sejoli

Kononnya saling mengasihi

Cinta tidak berbelah bagi

Pengasih penyayang sifat sang suami

menjaga baik hidup sang isteri

tidak putus nafkah diberi

tanggungjawab terlaksana setiap hari


Malangnya isteri bersifat keji

Tak tahu dek untung tak sedar diri

Menjalin hubungan dengan lelaki

Kasih sang suami dinodai


Sang suami keluar setiap pagi

Tekun bekerja mencari rezeki

Bila suami tiada disisi

Lelaki jahanam sang isteri hubungi

Menerusi telefon berkata sang isteri

"Kucing dah keluar...bawalah burung makan padi..."

Lalu jawab si lelaki

"Memang dah lama mengidam padi..."

Berkata pula sang isteri

"Marilah kemari, masa berjalan..tak sabar menanti"

Lalu berangkat si lelaki

ke rumah sang isteri yang kini menanti

Maka berlakulah zina yang keji

bukan ia pertama kali...


Rudy Djoharnaen

Wednesday, July 12, 2006

Tuhan...



Tuhan

Tempat aku berteduh

Di mana aku mengeluh

dengan segala peluh

Tuhan

Tuhan yang Maha Esa

dimana aku memuja

dengan segala doa

Aku jauh Engkau jauh

Aku dekat Engkau dekat

Hati adalah cermin

tempat dosa dan pahala

bertaruh

Tuhan

Tuhan Yang Esa

Dimana aku memuja

dengan segala doa...


(Dendangan asal kumpulan BIMBO dari Indonesia yang diberi versi baru dariku dan temanku Indra Hamzah dalam persembahan di Bulan Ramadhan. Renungkanlah senikata yang meluahkan rasa kasih dan pengharapan dariNya yang Rahman dan yang Rahim...)

Salam Sejahtera pada yang kunjung jelma...


Inilah dari kalbuku,

Ku singkap kenangan mengusik jiwa

Ku singkap kisah hidup sesuka hatiku

Ku luahkan rasa dalaman di kalbuku

melalui jari jemari yang menaip kata-kata

kata-kata yang seni dari sukma yang seni

dari setiap yang tersirat dan yang kulafazkan

ku layangkan agar setiap ayat menjadi renungan...tatapan...santapan

Maafkan andaikata terkeliru...tergores perasaan...


Rudy Djoharnaen
Singapura