Tuesday, March 31, 2009

AKHIRNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bukan mudah mencapai sesuatu impian
Bukan mudah menghidupkan minda yang malas
Dan otot-otot yang telah lama lemau
Demi mengetatkan yang sekian lama lemah longlai

Usaha
Gigih
Usaha
Jatuh
Bangun
Merangkak
Mengesot

Bertahun-tahun lamanya

BERJAYA AKHIRNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WOOOHOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saturday, March 28, 2009

GADO GADO!

Legend dok!!

Kekuatan


kadangkala kita terasa terlalu berat segala tanggungan pancaroba hidup
kadangkala terasa sempitnya jalan yang bersimpang-siur
kadangkala terasa pahitnya lebih dari hempedu

semakin teruk, semakin payah dan hampir-hampir kita tumbang
namun kita masih tetap berdiri walau kaki menggeletar
kita masih tetap berdiri
berdiri

hairan?
mana datangnya kekuatan itu
disaat-saat kesusahan yang semakin mencengkam

mana datangnya kekuatan itu?

dari hati yang sabar
hati yang yakin
hati yang bersyukur
akan Rahmat Tuhan.

Friday, March 27, 2009

Mat Lodeh - Biduanita Zaharah Agus





Kalau mau kenal siapa Zaharah Agus, tontonilah filem Madu Tiga arahan P.Ramlee. Biduanita ini memegang watak Latifah, isteri pertama kepada Jamil ofis besar. Zaharah Agus adalah penyanyi 50an yang banyak menyanyi untuk Radio Malaya. Beliau juga terkenal dengan 'Keindahan Bintang Malam' gubahan Ahmad Nawab pada era tersebut. Saloma membawakan semula lagu ini dengan tajuk 'Bintang Malam' pada 1965.


mat lodeh.mp3 - zaharah agus

Versi Anita Sarawak (1976)

Lodeh Mak Lodeh - Anita Sarawak

Lagu Mat Lodeh ini unik kerana senikatanya berimaginasi. Anita Sarawak telah merakam semula lagu ini dengan senikata yang lain di tahun 70an dengan tajuk Lodeh Mat Lodeh

Aku suka part

Gegat dengan pijat jadi towkay Bangsawan Yang jadi direktor cerita Sang babi Hutan Datang gajah temiak, jadilah pahlawan yang jadi seri panggung hai anak ikan haruan Lodeh Mat Lodeh Lodeh anak Salleh Cucu Osman jenggot Pak Hussin hingus meleleh hai tolak Mek oi tolak, tolak sampai boleh gelak Mek oi gelak lagu merepek dah nak habis...
Enjoy!

Thursday, March 26, 2009

aku rindu horlicks


aku ingin minum horlicks
rindu dengan horlicks
untuk sementara aku tinggalkan teh
mmmmmmm...best.

ippt nak mampos

susah betul nak pass ippt.

mesti ada saja sangkut satu stesen.

bak kata arwah komedian r.jaafar "binawe betollah..."

Tuesday, March 24, 2009

いたずらっぽい目・・・由美かおる



1967. Biduanita Kaori Yumi. Barusan pulang dari gym, lagu ini sungguh menyegarrkan...aah..where's my ceylon tea? melodinya mirip lagu 50n 'Burung Kenari' oleh Biduanita Nona Asiah.

Sunday, March 22, 2009

Stambul Cha Cha - Biduan Oslan Hussein



Stambul Cha Cha - Oslan Hussein

Lagu yang bisa menaikkan mood di pagi hari. Dendangan Biduan Oslan Hussein dari Indonesia pada tahun 60an. Bisa cha cha bung! Hilir mudik do do do doooo!

Friday, March 20, 2009

hati

hati

anugerahNya

hati

suci murni

hati

noda keji

hati

berbelah bagi

hati

kau boleh berdusta

kau boleh berkata-kata indah

tebu di bibir mulut

janji seribu janji

namun hati

menyimpan segala kebenaran

cermin untuk dirimu

itulah nugerahNya

Yang Memberi hati

Yang mengenal hatimu...dengan sesungguhnya...

Seraut Wajah - Biduan Ahmad Jais

This is for you, Mak! :)

Monday, March 16, 2009

Bunga Melur - Biduan A.Ramlie


Bunga Melur - A Ramlie




di hujung sana tempatmu bunga melur

bukan di taman yang indah bunga melur

hanya di sudut halaman

tiada dihiasi jambangan indah permai

tapi warnamu yang putih bunga melur

tandanya suci dan murni bunga melur


walau ditiup debu

warnamu dan baumu

tetap memikat kalbu


ibarat gadis desa

bunga melur sederhana

walau kering tak bercahaya bunga melur

baumu memikat jiwa


semoga sabar dahulu bunga melur

ada disuatu ketika bunga melur

masanya akan menjelma

disanjung dan dipuja

oleh gadis remaja














Sunday, March 15, 2009

kembang layu


pada satu ketika
sekuntum kembang yang mengharum
pasti akan layu
dan kelopaknya akan gugur
satu persatu...

kembang tetap kembang
layu tetap layu
gugur tetap gugur...

kudrat kehidupan
tak bisa kau elakkan
tak bisa kau nafikan

Medley-Dean and Frank



What a morning to start with! :)

Friday, March 13, 2009

Zubir Ali-Alfatihah


Almarhum Komposer Zubir Ali
(1949-2009)
Al Fatihah.

Semoga Allah mencucuri RahmatNya untuk Seniman Lagu-Lagu Puisi ini.

Penantian (1980) - Kumpulan Harmoni
Vokal: Zubir Ali


Wednesday, March 11, 2009




MatahariMu di siangku

BulanMu di malamku

AnugerahMu untukku

Maafkan aku yang kejam

Maafkan aku yang tidak bersyukur

Dalam kegelapan malamku

Dalam kegelapan hatiku

Laa Ilaha Illaaa Anta Subh’aanaka Innee Kuntu Minaz Z’aalimeen

Aku ingin lena diatas bantal imanMu

Diselimuti Kasih SayangMu

Aku ingin Bangkit

dalam sinaran RahmatMu

Getaran Jiwa-Saloma

Awal 1980an. Sebuah persembahan live Biduanita Saloma dengan Getaran Jiwa. Diiringi Orkestra RTM. Kesihatannya agak kurang baik pada waktu itu. Namun ia tidak menjejas keunggulan vokalnya.

Sunny-Boney M

Sunday, March 08, 2009

Kembara & Ku Rela Ampun-Saloma

1970. 'Kembara' dan 'Ku Rela Ampun' dari EP keluaran EMI oleh Saloma. EP ini memuatkan rakaman lagu-lagu dari filem P.Ramlee 'Kancan Tirana' dan 'Dr. Rushdi'. Versi rakaman berlainan susunan muziknya dari yang filem. Sentuhan susunannya agak soulful. Ada sedikit persamaan dengan style dari rakaman-rakaman soul dari Hong Kong eperti Susana Kwan.

Khusus Untuk Wanita

Perempuan itu Mustika Umat

Begitulah kata Hamka

Seraut wajah

Selembut sutera

Racun dan penawar

Penglipur lara



Hanya dengan tetesan airmata

bisa menjadi pelekuk

pada hati yang keras

Sentuhan yang membelai

menggetarkan jiwa yang sunyi

Emosi

Ratu Hati

Keayuan

Ketabahan

Kasih Sayang

Keibuan

Kesetiaan

Kelembutan



Anugerah untuk Lelaki...



hmm...mungkin di atas terlalu ideal. Tapi sewajarnya diberi penghormatan.



Selamat Hari Wanita Sedunia.

Saturday, March 07, 2009

Kathy Ibrahim

1979. Lagu ini memberi kesan yang bermakna buat Khadijah Ibrahim atau Kathy Ibrahim. Ku Sangka Siang Kiranya Malam dari LP pertamanya yang berjudul 'Sehari Dalam Cinta' telah menaikkan namanya di persada seni.


Khaty Ibrahim adalah penyanyi kelahiran Singapura yang dikesan bakatnya oleh penggubah lagenda Ahmad Nawab. Beliau lahir dalam keluarga seni. Abangnya Latiff Ibrahim adalah seorang penyanyi dan kakaknya Sophia Ibrahim seorang pelakon. Kathy Ibrahim terus diminati sepanjang era 80an dan 90an. Sehingga kini beliau masih lagi aktif bernyanyi.








Friday, March 06, 2009

ikhlas memberi

ikhlas dalam memberi
yang garing untuk orang
yang lemau untuk kita

ikhlas dalam memberi
yang daging untuk orang
yang tulang untuk kita

ikhlas dalam memberi
yang manis untuk orang
yang masam untuk kita

ikhlas dalam memberi
yang jernih untuk orang
yang keruh untuk kita

ikhlas dalam memberi
yang kanan di depan orang
yang kiri di belakang kita

insyaAllah.

Wednesday, March 04, 2009

Malam Cemerlang - Kartina Dahari & Aziz Jaafar

1967. Salah sebuah lagu filem 'Jebak Maut' lakonan Seniman Aziz Jaafar dan Seniwati Sarimah. Aziz menggunakan suaranya sendiri manakala Kartina meminjamkan suaranya untuk Sarimah. 'Jebak Maut' arahan Jamil Sulong adalah produksi Shaw Brothers Malay Filem Productions (MFP).