Wednesday, November 26, 2008

angan-angan kosong. bek
kita sama kita
apa akan jadi, bek
kita tengok saja

(S.M Salim)

Tuesday, November 25, 2008

test water

//////////////
//////////////
//////////////
//////////////
~~~~~~~~~~~~~~

aku nak jalan dalam hujan lagi
sebab aku nak test water
kalau test itu berjaya
aku nak salut adi dassler

Sunday, November 23, 2008

Biduan Ahmad Jais




Biduan Ahmad Jais. Kasut putihnya yang menjadi identiti uniknya disamping suaranya yang unggul sehingga kini. Ahmad Jais memulakan langkahnya dalam dunia seni suara apabila berhijrah ke Singapura pada 1959. Bekas pekerja Cycle & Carriage menikmati sinar bintangnya apabila memenangi pertandingan beberapa nyanyian di Singapura. Rakaman awalnya adalah dibawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.
Kejayaannya sebagai juara dalam pertandingan Lagu Asli Singapura telah meluaskan lagi kariernya sebagai penyanyi apabila beliau diberi peluang menjadi Penyanyi Undangan oleh Kumpulan Sriwana (masih ada lagi) dalam persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.




Di bawah Label EMI Singapore, album hit pertama Ahmad Jais muncul pada 1965, di zaman kegemilangan Pop Yeh Yeh yang menjadi puncak kegemilangannya. Album itu adalah Kucupan Azimat. Dibawah label inilah beliau telah merakam lagu-lagu duet bersama Biduanita Rafeah Buang dan Kartina Dahari. Sebagai penyanyi live yang sering diiringi kugiran dan orkestra, tidak oleh dinafikan kemantapan vokalnya kerana kebiasaan tersebut.

“Mungkin muzik sebegitu sesuai dengan suara saya. Yang penting bila menyanyi saya menyanyi sampai ke jiwa raga. Bukan itu sahaja, malah saya juga harus bertanggungjawab kepada lagu itu dengan menghayatinya,” (Ahmad Jais)

Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Saturday, November 22, 2008

Biduan Sugiman Jahuri

Biduan bersuara lunak ini terkenal pada tahun 60an hingga ke 70an. Namanya yang mengharum sebagai penyanyi sejajar dengan Ismail Haron dan Kartina Dahari yang bernaung di bawah EMI Singapura sepertinya.

'Seingat saya, pada 1973, saya menjadi juara kategori lagu Inggeris dalam satu adu bakat televisyen; Selamat Sasman, juara kategori lagu Melayu; dan Cynthia Lau, juara kategori lagu Cina. Hadiahnya ialah melancong ke Bangkok, Bali dan Australia,' katanya.

Menyanyi hanyalah sebagai satu hobi baginya. Sungguhpun demikian, beliau menjadi seorang bintang pada masa itu. Beliau berjaya meraih naib juara dalam pertandingan adubakat terbitan RTS (Radio Televisyen Singapura) pada tahun 60an menyusuli kugiran 'The Tidbits' sebagai juara.

'Hadiah kedua itu ialah tiket ke Australia, tetapi saya jual. Duitnya saya guna untuk majlis perkahwinan pada Ogos berikutnya,' katanya.

Setelah banyak memenangi pertandingan menyanyi, Allahyarham Ahmad Daud mengajak beliau menyertai EMI dan berikutan itu beliau menghasilkan empat rekod jangka pendek (EP) dalam bahasa Inggeris dan empat EP dalam bahasa Melayu. Satu daripadanya ialah lagu duet beliau dengan Kartina Dahari berjudul Antara Dua Dunia.

(Gambar bersama Kartina)


Sugiman dilahirkan di Bukit Chermin dan mendapat pendidikan di Pulau Bukom English School. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia empat tahun. Antara lagu-lagu Inggeris rakamannya yang aku suka adalah versi 'Woman, Woman', 'If You Go Away', 'Born Free'. Versi 'Kisah Cinta'nya (Love Story asal Andy Williams) sangat terkenal pada awal 70an.

What a crooner! Am a big fan. Respek!

Born Free - Sugiman Jahuri

Tuesday, November 18, 2008

Biduanita Sarah Vaughan


Aku tidak mengenalinya sehingga aku mendengar rakaman 'Perdido' nya sedikit masa lalu. Biduanita jazz ini mempunyai kekuatan vokal dan mahir dengan gaya nyanyian 'scat' yang mengikut bunyi alat muzik seperti terompet. Selain beliau, Ella Fitzgerald dan Billie Pearl Bailey juga mempunyai keunikan tersebut. Sarah Lois Vaughan atau 'Sassy' lahir pada 1924 dan mula menyanyi secara professional pada usia 21 tahun. Beliau telah memenangi adubakat di Harlem's Apollo Theater. Walaupun hadiah juara hanya $10, ia telah membawanya ke arena muzik dan menjadikannya seorang bintang dan Primadona Jazz.




Bukan sahaja menyanyi, malah kemahirannya dalam bermain piano menambah kekuatannya sebagai seorang penghibur. Walaupun para penggematr mengiktirafnya sebagai Biduanita Jazz atau Blues, Sarah tidak pernah mengganggap dirinya sedemikian.

"I don't know why people call me a jazz singer, though I guess people associate me with jazz because I was raised in it, from way back. I'm not putting jazz down, but I'm not a jazz singer. Betty Bebop (Carter) is a jazz singer, because that's all she does. I've even been called a blues singer. I've recorded all kinds of music, but (to them) I'm either a jazz singer or a blues singer. I can't sing a blues - just a right-out blues - but I can put the blues in whatever I sing. I might sing 'Send In the Clowns' and I might stick a little bluesy part in it, or any song. What I want to do, music-wise, is all kinds of music that I like, and I like all kinds of music." (Sarah Vaughan)
Beliau meninggal dunia pada 1990 akibat kanser paru-paru dalam usia 66 tahun. Mendiang diberi penghormatan dalam Grammy Hall of Fame pada 1998 dan 1999. Seorang penyanyi yang wajar dijadikan conntoh dan rujukan bagi mereka yang suka menyanyi jazz atau blues.

Sunday, November 16, 2008

Madonna!

Dalam keadaan bosan yang di tahap kritikal, sekali otakku membayangkan si Madonna...

Saturday, November 15, 2008

Bimbang dan Ragu

tidur tiada nyenyak
terganggu perasaan
suria pagi hari
kunantikan...

Friday, November 14, 2008

Something



Rakaman asal:
1969 Beatles
Paul Mc Cartney/John Lennon)

Thursday, November 13, 2008

Friday, November 07, 2008

Ini Buku Sejarah Laki-Laki!

Pak Maon (Mahmud Jun), lu memang champion dah. Hahahahah!



1966 Nasib Do Re Mi

Thursday, November 06, 2008

Someone to Watch Over Me

Biarlah Biduan Sinatra meluahkan maksudnya.

Wednesday, November 05, 2008

For One More Day


"If you had the chance, just one chance, to go back and fix what you did wrong in life, would you take it? And if you did, would you be big enough to stand it? (Mitch Albom)

Aku sedang membaca buku ini. Oleh Mitch Albom.

Tentang pengorbanan seorang ibu (Posey) pada anaknya (Charley atau Chick). Posey melalui pahit manis kehidupan bersama Charley sebelum dan setelah bercerai dengan ayahnya, Len. Melalui suka duka mencari nafkah untuk anak-anaknya dan menelan segala tanggapan buruk masyarakat terhadap seorang Janda. Namun Chick tidak ambil peduli tentang ibunya dan disaat kematiannya, Chick tidak juga hadir. Kemudian kehidupan Chick porak peranda setelah itu dan dia ingin bunuh diri.

Mudah dibaca tapi sangat menyentuh (i cried at some parts of the book..sob sob) dan memberi pengajaran tentang cinta kasih, pengorbanan yang tulus dan menghargai seorang Ibu. Menariknya tentang buku ini, ia memberi beberapa bab yang menceritakan tentang

“Times My Mother Stood Up for Me” dan “Times I Did Not Stand Up for My Mother.”

Pergi beli dan bacalah. I recommend.

"Mothers support certain illusions about their children, and one of my illusions was that I liked who I was, because she did." (For One More Day)


Monday, November 03, 2008

Casino Royale

Opening Credit James Bond yang paling best.

Saturday, November 01, 2008

Sekolahku dulu-dulu.


SEKOLAH RENDAH PERMAISURA
PERMAISURA PRIMARY SCHOOL
1965-1992

(Aku dari batch 1987-1992)

WE THE CHILDREN OF THIS SCHOOL
PERMAISURA IT'S HIS NAME

CHILDREN SO HAPPY BOLD AND FREE
FORWARD MARCHING ON

ALWAYS ALERT
READY AND WILLING
CHILDREN OF PERMAISURA

TRYING...STRIVING
FORWARD MARCHING ON

BERJAYA...BERJAYA

TEACHERS CHILDREN
WORK TOGETHER WITH GLEE
LIVE TOGETHER IN HARMONY!!

Dululah 1996 agaknya. Gambar yang di'box' tuuu...


Rudy dulu Kental Gila Sial!